Visit talk2sion
English Version

THANK YOU FOR VISITING TALK TO SION HOMEPAGE! I HOPE YOU ARE BLESSED AS YOU READ THE MESSAGES!

Tuesday, September 13, 2005

Disakiti



Kebanyakan penyakit dalaman @ penyakit jiwa adalah disebabkan oleh hubungan sesama manusia. Ramai yang berakhir di hospital sakit jiwa kerana masalah ini. Hubungan yang tidak beres sesama manusia boleh membinasakan, merosakkan dan menjahanamkan hidup saudara. Dan iblis selalu mengambil kesempatan di dalam perkara begini. Memecah belah dan menawan. Itulah skim yang selalu di pakainya di mana-mana. Dalam rumah tangga dan juga gereja.

Siapa yang tidak pernah di sakiti? Setiap kita pernah di sakiti. Baik dengan perkataan mahupun dengan perbuatan orang lain. Cuma berapa dalam kesakitan itu dan kesannya terhadap diri kita berbeza di antara seorang dengan yang lain.
Tidak kira samada kesakitan itu dalam atau tidak, baru atau lama, ia mestilah dipulihkan. Ia tidak boleh dibiarkan atau diabaikan begitu saja. Kerana walaupun saudara telah lupa, akan tetapi kesannya terhadap jiwa dan batin saudara masih ada. Dan ini selalunya memberi kesempatan kepada iblis untuk menjahanamkan ketenteraman dan kedamaian hidup saudara. Dan seterusnya merosakkan personaliti saudara. Alkitab telah memberi amaran kepada saudara dan saya supaya jangan memberi kesempatan kepada iblis.
Efesus 4:27 “dan janganlah beri kesempatan kepada Iblis”
Menurut ayat 26 – saudara memberi kesempatan kepada Iblis kalau sekiranya saudara tetap menyimpan amarah saudara terhadap seseorang sampai matahari terbenam.
“Apabila kamu menjadi marah, janganlah kamu berbuat dosa: janganlah matahari terbanam, sebelum padam amarahmu.”
Dengan hanya menyimpan perasaan marah saudara, geram saudara, benci saudara, sakita hati saudara sampai matahari terbanam, saudara telah membuka pintu kepada iblis untuk bertapak dalam hidup saudara. Bagaimana pula kalau amarah itu disimpan lebih lama lagi? Seminggu, sebulan, setahun, sepuluh tahun? Sudah tentu ia lebih memudaratkan lagi. Tidak kira sama ada saudara masih ingat atau tidak. Lama atau baru. Kalau ia tidak di pulihkan, saudara sendiri yang akan menderita dan menanggung akibatnya.
Lihat 1 Pet 5:8 “Sadarlah dan berjaga-jagalah! Lawanmu, siiblis berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya.”
Saudara, ada orang bilang “Peduli apa dengan singa yang tidak ada gigi itu.”
Saudara, saya ingin memberi amaran kepada saudara; JANGAN MAIN-MAIN DENGAN IBLIS!! DIA SANGAT TAHU HAKNYA!! Kalau ia mahu menelan saudara, ia tidak akan bertanya “Hello! Bolehkah saya telan awak?” Kalau ia mahu masuk ke dalam hidup saudara ia tidak akan mengetuk pintu dan memberi salam. Namun, kalau sekiranya saudara tidak memberi kesempatan kepadanya, ia tidak akan dapat menyentuh saudara, apa lagi menelan saudara.
Saudara ingat cerita Daniel?
Walaupun Daniel dibuang ke dalam lubang singa, tidak seekor singa pun yang dapat membuka mulut untuk menelannya. Kuku kuku singa pun tidak bisa keluar untuk mencakarnya. Tuhan mengutus malaikatNya untuk mengunci mulut-mulu sanga singa. Walaupun mereka kelaparan agaknya. Namun para singa tidak dapat mengapa-apakan Daniel.
Mengapakah ini bisa terjadi saudara?
Lihat Daniel 1:8 mengatakan “Daniel berketetapan untuk tidak menajiskan dirinya dengan santapan raja dan dengan anggur yang biasa diminum raja; dimintanya kepada pemimpin pegawai istana itu supaya ia tak usah menajiskan dirinya.”
Dari ayat ini saudara lihat, Daniel memilih untuk hidup benar dan berkenan di hadapan Tuhan Allah yang disembahnya dan memilih untuk menurut segala ketetapanNya. Nah! Saudara kalau kita memilih untuk hidup benar di hadapan Allah dan menurut segala ketetapanNya, tiada singa yang dapat menelan saudara dan saya. Ya! Walaupun ia mengaum-aum. Tetapi ia tidak bisa masuk ke dalam hidup saudara. Kalau saudara tidak memberi kesempatan kepadanya, kalau saudara tidak membuka pintu untuknya, iblis tidak dapat memaksa masuk ke dalam hidup saudara. INGAT!! Dengan hanya menyimpan amarah saudara sampai matahari terbenam saudara sudah memberi kesempatan kepada Iblis untuk merosakkan jiwa dan emosi saudara. Serta merosakkan personaliti hidup saudara. Itu sudah sememangnya tugasnya mencuri, membunuh dan membinasakan.
1 Pet 5:9 mengatakan “Lawanlah iblis dengan iman yang teguh…”
Efesus 6:11 pula mengatakan “kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu mulihat iblis;
Idea iblis yang paling kerap dipakai untuk menjatuh dan membinasakan hidup saudara adalah tipu muslihat. Kerana tipu muslihat adalah seolah-olah benar, seolah-olah cantik, seolah-olah menguntungkan, tetapi semuanya berakhir sebaliknya.
Efesus 6:12 menyambung lagi “…perjuangan kita bukan melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara.”
Orang di sebelah saudara bukan musuh saudara. Saudara seiman bukan musuh saudara. Orang yang menyakitkan saudara baik dengan perkataan masuh pun perbuatan bukan musuh saudara. Ya! Walaupun jiwa saudara terluka, walaupun hati saudara berdarah, biar pun perasaan saudara menderita, manusia tetap bukan musuh saudara.
Siapa musuh saudara?
Alkitab menjelaskan dengan bahasa yang dimengerti “perjuangan kita bukan melawan darah dan daging……” Oleh itu saudara, pada hari ini, tidak kira siapa pun yang pernah menyakitkan saudara saudara harus membebaskan mereka, mengampuni mereka dengan sepenuh hati saudara di dalam nama Yesus.
Ingat saudara, mengampuni bukan melupakan. Saudara sudah pasti masih mengingati perbuatan atau perkataan jahat mereka terhadap saudara. Itu tidak mengapa, yang penting saudara sudah mengampui mereka dengan segenap hati saudara di dalam nama Yesus. Biar pun saudara masih ingat perbuatan jahat mereka, namun perasaan marah, perasaan geram saudara, perasaan dendam dan benci saudara sudah tidak ada lagi. Sudah padam dan sudah dibuangkan semuanya.
Mengampuni bukan bererti apa yang mereka lakukan itu tidak apa saudara. Bukan bererti mereka boleh suka-suka.
Roma 12:20 “Tetapi, jika seterumu lapar, berilah dia makan; jika ia haus, berilah dia minum! Dengan berbuat demikian kamu menumpukkan bara api di atas kepalanya.”
Roma 12:21 “Janganlah kamu kalah terhadap kejahatan, tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan.”
Bukan urusan saudara untuk membalas kejahatan orang lain terhadap saudara. Bukan urusan saudara untuk menyakitkan kembali orang yang telah menyakitkan saudara. (Inilah aygn selalu kita lakukan). Bukan urusan saudara untuk membalas dendam saudara atas apa yang mereka telah lakukan terhadap saudara. Tetapi urusan Allah. Urusan saudara adalah untuk mengampuni, dan mengasihi mereka yang telah melakukan kejahatan terhadap saudara. Kalau saudara dapat melakukan ini, apa kata Alkitab; saudara menumpukkan api di atas kepala mereka.
Saudara tidak perlu bertanya “Adakah perlu saya mengampuni orang ini?”Asal saja saudara pernah disakiti oleh mereka dari perkataan mahupun perbuatan, baik secara sedar atau tidak sedar, baik sengaja atau tidak sengaja, baik lama ataupun baru, saudara harus mengampuni.
Pada saat ini pun, kalau Roh Allah ada menunjukkan seseorang dalam bentuk gambaran, nama atau ingatan dalam fikiran saudara; orang yang saudara perlu ampuni, jangan tunggu lagi saudara, ampuni mereka. Bebaskan mereka dari kemarahan dan kegeraman saudara.
Kolose 3:13 “Sabarlah kamu seorang terhadap yang lain dan ampunilah seorang akan yang lain apabila yang seorang menaruh dendam terhadap yang lain, sama seperti Tuhan telah mengampuni, kamu perbuat juga demikian.”
Efesus 4:32 ”Tetapi hendaklah kamu ramah seorang terhadap yang lain, penuhkasih mesra dan saling mengampuni sebagaimana Allah di dalam Kristus telah mengampuni kamu.”
Tuhan yang lebih dulu mengampuni saudara dan saya. Jadi kita juga harus melakukan yang sama terhadap orang lain. Apabila saudara mengampuni seseorang, saudara tidak melakukannya denga keupayaan sendiri. Melainkan saudara mengampuni mereka di dalam Kristus, sama seperti Allah di dalam Kristus juga telah mengampuni saudara. Apabila saudara mengampuni orang lain. Saudara bukan saja membebaskan mereka, tetapi saudara juga membebaskan diri saudara.
Yohanes 20:23 Yesus berkata; “Jikalau kamu mengampuni dosa orang, dosanya diampuni, dan jikalau kamu menyatakan dosa orang tetap ada, dosanya tetap ada.”
Tuhan telah memberi kita kuasa untuk mengampuni, oleh itu saudara, gunakanlah kuasa yang ada pada saudara untuk mengampuni kesalahan orang terhadap saudara dan kaum keluarga saudara. Gunakanlah kuasa saudara untuk membebaskan dan melepaskan mereka dari segala rasa marah dan, benci dan dendam saudara. Yang hanya akan membuka pintu kepada iblis untuk bertaktah dalam hidup saudara. Yang akhirnya akan hanya mendatangkan penderitaan kepada jiwa dan emosi saudara, serta merosakkan personaliti saudara.
Dan adalah juga di sahkan oleh para pakar perubatan, banyak penyakit fizikal juga adalah berpunca dari tekanan emosional. DENDAM, BENCI, MARAH, GERAM.
Kesaksian
Ada seorang pendita yang amat di pakai Tuhan. Namun dia mengalami penyakit gatal-gatal di seluruh badannya. Ramai yang telah berdoa untuknya. Malah dia tealh berjumpa dena doktor. Namun penyakit gatalnya tidak juga mahu sembuh-sembuh.
Lalu melalui satu kaset yang didengarnya tentang “Unforgiveness”, Tuhan menunjukkan kepadanya punca penyakitnya itu ialah “hurt”. Dia tidak sanggup mengampuni orang yang telah menyakitkannya itu. Namun atas pertolongan Roh Kudus, beliau mengampuni orang itu.
Dua hari kemudian seluruh badannya sembuh dari penyakit gatal-gatal ini.
Lihat Matius 18:21-35 sila baca.
Tuhan juga akan membenarkan algojo-algojo (setan-setan) untuk menghukum saudara kalau sekiranya saudara tidak mengampuni orang lain denga segenap hati saudara.
Pernahkah saudara berhutang, sampai saudara tidak boleh melunaskannya? Ya! Hutang dosa saudara. Namun Tuhan Yesus telah menebusnya dan melunaskannya bukan dengan wang ringgit, tetapi dengan darahNya. Tuhan telah mengasihani saudara dan mengampuni saudara. Oleh itu saudara juga harus memberi belaskasihan dan pengampunan saudara kepada orang lain.
Kesaksian
Beberapa tahun lalu saya pernah mengalami satu ikatan ketakutan. Dan sakit yang berpanjangan. Untuk beberapa bulan lamanya saya tidak dapat melakukan pekerjaan saya dengan baik.
Lalu melalui satu kaset juga tentang pengampunan. Saya pun berdoa meminta Roh Kudus menunjukkan kepada saya orang-orang yang saya harus ampuni. Iaitu orang-orang yang telah melayani saya dengan kejamm tidak adil, menyakitkan saya dengan perkataan dan perbuatan mereka.
Tahukah saudara apa yang terjadi?
Kertas yang saya sudah saya sediakan untuk menulis nama-nama mereka, penuh dengan nama-nama orang yang saya harus ampuni. Semuanya disingkapkan oleh Roh Kudus. Yang baru yang lama semuanya ada. Nama-nama orang yang menyakitkan saya sewaktu kanak-kanak pun ada. Cikgu-cikgu saya, rakan-rakan sekerja saya, boss saya, saudara mara saya, ibu ayah semuanya ada. Terperanjat juga saya.
Namun selepas saya mengampuni mereka satu persatu. Tuhan perlahan-lahan memulihkan saya dan menyembuhkan saya serta membebaskan saya dari belenggu ikatan iblis.
JANGAN BERI KESEMPATAN KEPADA IBLIS SAUDARA!! WALAU SE MILIMETER PUN JANGAN!!
AWAS!!
Melalui kemarahan, melalui dosa yang tersembunyi saudara membuka pintu yang luas kepada iblis. Kini saya selalu pastikan hubungan saya dengan Tuhan “Up to date”. Kalau ada orang yang saya harus ampuni saya ampuni serta merta. Kalau ada dosa yang harus saya akui saya akui segera. Kalau ada jalan dan cara yang saya tahu pasti tidak menyenangkan hati Bapa, saya perbaiki.
Tahukah saudara, mengapakah Tuhan memberi kita “conscience” @ hati nurani @ hati kecil @ suara hati? Tujuannya ialah supaya kita sentiasa memiliki hubungan yang jujur denganNya.
Pada hari ini saudara kalau saudara tahu pasti ada bahagian-bahagian dalam hidup saudara yang memberi ruang kepada iblis dan memberi lubang masuk kepada iblis, minta Tuhan mengampuni saudara dan pastikan lubang dan ruang ini di tutup kembali.
Efesus 5:11-13 mengatakan “Janganlah turut mengambil bagian dalam perbuatan-perbuatan kegelapan yang tidak berbuah apa-apa, tetapi sebaliknya telanjangilah perbuatan-perbuatan itu. Sebab menyebutkan saja pun apa aygn di buat oleh mereka di tempat yang tersembunyi telah memalukan. Tetapi segala sesuatu yagn sudah ditelanjangi oleh terang itu menjadi nampak, sebab semua yang nampak adalah terang.”

Amen!

1 Comments:

At September 21, 2005, Anonymous Anonymous said...

hi talk2sion,

Setiap manusia akan berasa kekosongan biarpun telah mendapat segala yang diingini di muka bumi... Pendidikan, gaji besar,rumah besar,kereta besar malah suami juga berpangkat besar ataupun isteri besar. Apapun yang kita dapat di dunia ini,kita akan tetap juga berasa kekosongan.Kita berasa seolah-olah ada sesuatu yang tidak cukup...bila di fikir fikir kan...ianya bukan harta benda,bukan keluarga,bukan hubungan antara manusia tapi ada kaitan dengan pencipta alam.Keinginan untuk mengetahui Pencipta Alam Semesta pasti terbit di setiap hati nurani kita,apalagi bila perkara hidup dan mati di bicarakan. saya mengenali Yesus sejak kecil lagi,tapi tidak mendalami firman nya.saya malas untuk menyelak buku Alkitab.Jadi tidak ada gunanya sekiranya Firman Allah yang Hidup itu tidak di dalami.

Semenjak saya mengenali website ini,saya berasakan seolah olah setiap Firman itu sendiri bersuara dan bercakap dengan diri saya.Saya mudah memahami isi kandungannya dan menjadi seronok bila membacanya.Banyak kesaksian yang boleh saya jadikan pedoman dalam kehidupan saya. Muzik-muzik pujian juga boleh menenangkan jiwa."i keep waiting for the next message everyday because it is such a great website to our soul and an excellent way to make my life change"..And I LOVE YOU JESUS!..amen

 

Post a Comment

<< Home

Hit Counter
Ticket Broker