Visit talk2sion
English Version

THANK YOU FOR VISITING TALK TO SION HOMEPAGE! I HOPE YOU ARE BLESSED AS YOU READ THE MESSAGES!

Friday, September 09, 2005

Menurut Rentak Firman


Menurut Rentak FirmanNya

Mat 11:16-17 Yesus berkata, “ Dengan apakah Ku umpamakan angkatan ( generasi ) ini? Mereka itu seumpama anak-anak yang duduk di pasar dan berseru kepada teman-temannya: Kami meniup seruling bagi mu, tetapi kamu tidka menari, kami menyanyikan kidung duka, tetapi kamu tidak berkabung."

Apakah erti perumpamaan ini?

Apakah yang Yesus mahu sampaikan sebenarnya?

Ia bererti tidak kira apapun yang Yesus lakukan atau katakan, ia tidak membawa kesan kepada hidup generasiNya. Mereka tidak kisah, tidak mau bertaubat dan tidak mahu berubah. Malah berkomplot mahu membunuh Yesus lagi. Sekali pun seruling dimainkan, mereka tidak menari dan bila kidung duka dinyanyikan mereka pun tidak berkabung. Bukankah ini menggambarkan kekerasan dan kedegilan hati generasi ini?

Walau bagaimana pun mereka diajar, mereka tetap tidak masuk ajar. Malah menjadi lebih kurang ajar. Walau begitu banyak muzizat yang Yesus lakukan di kalangan mereka, namun mereka tetap tidak percaya. Mereka tetap mengeraskan hati mereka. Saudara mungkin geram terhadap mereka. Tapi apa lebihnya umat Allah zaman ini? Ramai bukan sedikit Kristian yang tidak ubah seperti perumpamaan yang Yesus ungkapkan tadi.

Tiap-tiap minggu mereka datang ke gereja, cell group, kebaktian doa dan sebagainya, namun hidup mereka tetap tidak berubah-ubah. Firman Allah seolah-olah tidak punya kesan dalam hidup mereka. Kulit dan bulu mereka domba, tapi isi dan tulang belulang mereka serigala. Saudara, apabila kita mendengar Firman Tuhan, kita perlu berubah. Berubah mengikut rentak firmanNya. Ya, biar gerak tari langkah kita di susun dan tangan kita digoyang mengikut rentak dan irama FirmanNya yang kita dengar. Biar Friman yang kita dengar juga menjadi cermin untuk kita menatap dan merenung hidup kita. Ya, samada, ada bahagian yang tidak beres yang perlu di ubah. Sambil kita membenarkan Roh Allah melakukan diagnosis ke atas diri kita.Memeriksa bahagian-bahagian yang perlu dipulihkan dan disembuhkan. Biar FrimanNya yang menjadi obat yang mujarab untuk memulih dan menyembuhkan kita.

Jangan sampai kita tidak menari apabila lagu di mainkan. Dan tidak berkabung apabila kidung duka di nyanyikan. Jangan sampai Firman Tuhan yang kita dengar ini tidak membawa kesan dalam hidup kita. Memang ada manusia yang macam ini saudara. Ya, tidak kira apa pun yang saudara kongsikan kepadanya, di angguk semuanya, di amen semuanya. Tetapi pada hakikatnya pintu hatinya tertutup.

Saudara adalah sayang sekali dan menjadi sia-sia untuk kita setiap minggu keluar masuk gereja dan membaca Firman Tuahn setiap hari kalau kita tidak mau membenar Ia mengubah hidup kita. Memilih hanya rentak yang kita suka. Memilih hanya ayat-ayat yang menghiburkan. Dan mengenepikan ayat-ayat yang menegor dan mengajar kesilapan kita. Firman itu lebih tajam dari pedang yang bermata dua. Ia menujuk jauh ke dalam jiwa kita. Ia menembusi sumsum tulang dan roh kita. Ia memotong, bukan untuk membinasakan, tetapi untuk menyembuhkan.

Di dalam Matius 11:23 Yesus berkata “.... jika di Sodom terjadi muzizat yagn telah terjadi di tengah-tengah kamu, kota itu tentu masih berdiri sampai hari ini.”

Di sini Yesus bermaksud, sejahat-jahat Sodom; Kota yang terkenal dengan dosa sexualnya dan berbagai kejahatan, pun akan bertaubat dan berubah kalau melihat pekerjaan yang dilakukan Yesus.

Bagaiman pula saudara?

Bila FirmanNya dan suaraNya berbicara kepada saudara, tidakkah saudara mahu berubah?

Kisah 19:11-20 – sila baca.

Saudara lihat penduduk di Efesus yang terkenal dengan sihir, ahli-ahli sihir dan tukang-tukang jampinya.

Ayat 17 mengatakan baik Yehudi maupun orang Yunani, apabila mereka melihat pekerjaan Allah melalui Paulus......

Ayat 18 mereka mengaku dosa mereka di muka umum; bertaubat dan menjadi percaya.

Ayat 19 – Bukan itu saja, mereka juga menyerahkan kitab-kitab sihir mereka untuk dibakar.

Menurut ayat 19 lagi nilai kitab-kitab itu ditaksirkan 50,000 wang perak. Mereka sudah tidak kisah lagi tentang Wang, Nilainya. Kerana mereka sudah menerima keselamatan yang jauh lebih bernilai dari wang ringgit. Mereka mahu berubah, mereka mau percaya, mereka mau menjadi baru. Justru itu mereka sanggup korbankan apa yang tidak berkenan di mata Tuhan. Apakah yang tidak berkenan di mata Tuhan yang ada di dalm hidup saudara? Biarlah ia juga dibuang dan dibakar semuanya.

Saudara, jangan kita sangka kita ini sudah cukup baik, tidak perlu berubah lagi dan tidka perlu bertaubat lagi, dan tidak perlu di perbaharui lagi. Saudara, sampai kita diuji oleh api pembakaran RohNya, kita tidak akan tahu samada kita ini kayu atau emas.

Amen.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Hit Counter
Ticket Broker