Visit talk2sion
English Version

THANK YOU FOR VISITING TALK TO SION HOMEPAGE! I HOPE YOU ARE BLESSED AS YOU READ THE MESSAGES!

Sunday, September 11, 2005

Kepada Jemaat di Sardis




Wahyu 3:1-6

3:1. "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Sardis: Inilah firman Dia, yang memiliki ketujuh Roh Allah dan ketujuh bintang itu: Aku tahu segala pekerjaanmu: engkau dikatakan hidup, padahal engkau mati.
3:2 Bangunlah, dan kuatkanlah apa yang masih tinggal yang sudah hampir mati, sebab tidak satupun dari pekerjaanmu Aku dapati sempurna di hadapan Allah-Ku.
3:3 Karena itu ingatlah, bagaimana engkau telah menerima dan mendengarnya; turutilah itu dan bertobatlah! Karena jikalau engkau tidak berjaga-jaga, Aku akan datang seperti pencuri dan engkau tidak tahu pada waktu manakah Aku tiba-tiba datang kepadamu.
3:4 Tetapi di Sardis ada beberapa orang yang tidak mencemarkan pakaiannya; mereka akan berjalan dengan Aku dalam pakaian putih, karena mereka adalah layak untuk itu.
3:5 Barangsiapa menang, ia akan dikenakan pakaian putih yang demikian; Aku tidak akan menghapus namanya dari kitab kehidupan, melainkan Aku akan mengaku namanya di hadapan Bapa-Ku dan di hadapan para malaikat-Nya.
3:6 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat."


Saudara sudah mendengar mesej yang di sampaikan Yesus kepada Jemaat di Efesus, Smirna, Pergamus, dan Tiatira. Pada hari ini saya ingin membawa saudara melawat Jemaat di Sardis pula. Seterusnya belajar apa yang Tuhan mahu bicarakan kepada kita melalui mesej yang di sampaikan kepada Jemaat di Sardis.
Seperti biasa mari kita lihat serba sedikit latar belakang Jemaat Sardis.

Suatu ketika dulu ia merupa ibu kota Empayar Lydia, kemudian jatuh ke tangan Persia, Greek dan Roman. Terletak kira-kira 80 km ke arah Barat Kota Smirna. Kota Sardis yang kaya ini terbahagi kepada dua lokasi. Bahagian yang tua terletak di puncak bukit, dan apabila penduduknya menjadi terlalu padat, satu lokasi baru pula di buka di bahagian lembah.

Sewaktu dalam pemerintahan Rom, Sardis menjadi pusat Kristian yang penting. Namun Jemaat di Sardis terbukti kehidupan mereka banyak terpengaruh dengan kemuliaan-kemuliaan duniawi Rom. Keselesaan dan kepercayaan yang di amalkan oleh Rom banyak mempengaruhi Jemaat di Sardis.

Tidak hairanlah saudara lihat mengapa Yesus memanggil mereka nekros.
Lihat Wahyu 3:1 “...engkau dikatakan hidup, padahal engkau mati.”
Mati dalam perkataan asal bahasa Alkitab ialah nekros. Terdapat perkataan nekros digunakan di dalam Alkitab dan membawa erti yang berbeza-beza.

Yakobus 2:26 - Kelihatan juga perkataan nekros di sini. Nekros di sini bererti mati secara fizikal.
Matius 8:22- Nekros di gunakan untuk menerangkan keadaan rohani orang-orang yang belum diselamatkan.
Wahyu 3:1- Perkataan nekros di sini bererti, kemunduran, tidak aktif, kekeringan.

Apabila Yesus berkata Jemaat di Sardis ini nekros, ia bererti jemaat ini merupakan satu jemaat yang mundur, tidak aktif dan kering. Nah! saudara, bukankah pada era ini pun masih banyak Jemaat yang sedemikian rupa, mundur, tidak aktif dan kering. Alangkah sedihnya saudara, di saat-saat genting seperti di zaman ini pun masih banyak lagi gereja yang masih nekros. Pada hal, kedatangan Tuhan Yesus sudah semakin hari semakin dekat. Tetapi jemaat Tuhan masih belum siap untuk menyambut kedatanganNya.

Nekros, itulah perkataan yang di pakai oleh Yesus terhadap Jemaat di Sardis.

Pengaruh pemerintahan empat kerajaan di Sardis sangat mempengaruhi kehidupan di kota ini. Jemaat di Sardis pula tidak memainkan peranan yang aktif untuk memenangi jiwa-jiwa di sini. Mereka tidak kisah dan tidak menjaga kesaksian hidup mereka. Mereka hidup cemar dan mengikut semua gaya hidup duniawi. Ketidaktaatan mereka menyebabkan Sardis menjadi satu jemaat yang mundur dan kering.

Apakah yang saudara dan saya boleh lakukan untuk Tuhan kalau jemaat ini merupakan satu jemaat yang Nekros? Kita tak usah pergi jauh saudara.Kita pandang dan lihat saja jemaat di tempat kita sendiri. Berapa ramai di kalangan kita yang punya hati untuk memenangi jiwa-jiwa? Berapa ramai di kalangan kita yang kisah akan keselamatan jiran mereka. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup berpuasa dan bersyafaat untuk teman-teman di sekeliling kita. Mereka ini nekros dalam keadaan dosa mereka, tetapi kita pula nekros kerana sikap tidak kisah kita. Saudara, kita senang datang ke gereja dan di berkati setiap minggu.Tetapi betapa malangnya kawan-kawan kita yang masih belum mengenali Tuhan. Sudah pasti saudara ada 1001 macam alasan mengapa saudara tidak membawa mereka. Alasan sentiasa ada kalau dicari.

Tetapi dapatkah saudara memberi sebab mengapa saudara tidak dapat bersyafaat untuk mereka? Dapatkah saudara memberi sebab mengapa saudara tidak sanggup meratap dan menangis untuk keselamatan jiwa mereka?

Tuhan memanggil umatNya untuk berdoa. Tuhan memanggil umatNya untuk bersyafaat. Kerana doa adalah nyawa untuk sesebuah gereja itu untuk terus hidup. Gereja yang diberdoa adalah gereja yang mati.

Siapa yang kisah? Siapa yang peduli? Siapa yang punya belas kasihan melihat jiwa-jiwa yang hilang? Tiada.

Kesaksian ( kesaksian Pdt Yusuf Roni)

Ada sebuah gereja yang sudah mati rohaninya. Setibanya pastor yang baru ini di gereja itu, beliau menjadi hairan melihat mengapakah tidak ramai orang yang datang ke kebaktian. Lalu,hari minggu itu Pastor ini mengundang semua ahli gereja supaya hadir kerana ada upacara kematian.

Oleh kerana pengumuman kematian itu di khabarkan, maka gereja itu penuh. Mereka datang kerana mereka takut kalau mereka mati nanti tidak ada orang yang kubur. Nah! di depan altar itu sudah terletak sebuah keranda. Semua orang yang datang tertanya-tanya siapakah si mati yang ada di dalam keranda itu.

Maka mulalah pastor ini membuat pengumuman…”saudara saudari, marilah kita memberi penghormatan terakhir kepada si mati sebelum kita mengebuminya.” Maka seorang demi seorang berganti-gantian menjenggok ke dalam keranda. Apa yang mereka lihat di dalam keranda itu bukanlah mayat, tetapi cermin. Mereka lihat wajah mereka di cermin yang berada di dalam keranda itu. Lalu mereka bertanya “Siapakah yang mati?” Pastor itu pun bangkit dan berkata; “ kamu semualah yang telah mati dan harus di kuburkan.” Pada hari itu gereja itu mengalami kebangunan rohani yang besar.

Pada zaman ini pun, banyak gereja yang walaupun terserlah kemegahan dan kegemilangan bangunannya, tetapi pada hakikatnya merupa gereja yang punya jemaat yang mati – NEKROS!!

Ada teori tetapi tiada kuasanya. Ada kebaktiannya tetapi tidak membawa sebarang perubahan kepada orang yang datang ke kebaktian itu. Yesus pernah memanggil ahli-ahli Taurat sebagai kubur yang putih di luarnya, tetapi bangkai di dalamnya.

Lihat Matius 23:27

“Celakalah kamu, hai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-oran gmunafik, sebab kamu sama seperti kuburang yang dilabur putih, yang sebelah luarnya memang bersih tampaknya, tetapi yang sebelah dalamnya penuh tulang belulang dan pelbagai jenis kotoran.

Matius 23:28 Demikian jugalah kamu, di sebelah luar kamu tampaknya benar di mata orang, tetapi di sebelah dalam kamu penuh kemunafikan dan kedurhakaan.”

Saudara, sampai bilakah kita mahu menjadi Kristian yang mati? Sampai bilakah kita mahu menjadi Kristian yang hidup segan mati tak mahu? Sampai bilakah kita mahu menjadi Kristian yang pura-pura?

Tuhan tahu semua pekerjaan kita. Kita tidak punya waktu untuk menjadi lemah. Kita tidak punya waktu untuk bermain-main di dunia ini saudara. Menjadi Kristian bererti hidup untuk Kristus. Saudara saya sangat sedih melihat ramai Kristian yang tidak ikhlas di dalam iman mereka terhadap Yesus. Di dalam Wahyu 3:2 saudara lihat betapa Tuhan mengeluh apabila melihat Jemaat di Sardis. Hidup Kristian mereka mundur. Hidup Kristian mereka tidak aktif. Hidup Kristian mereka kering.Hidup Kristian mereka tidak beres.

Walaupun mempunyai reputasi yang kononnya mereka ini hidup, tetapi sebenarnya mereka ini mati. Saya sangat takut mendengar keluhan Yesus terhadap Jemaat di Sardis. Saya tidak mahu ia terjadi di Jemaat ini. Punya reputasi hidup tetapi mati. Kerana cuba saudara bayang kalau Tuhan yang menolak kita, ke manakah lagi kita harus pergi?

Kalau saudara menolak saya tidak apa-apa, kerana saya masih boleh pergi kepada rumah orang lain. Tetapi kalau Tuhan yang menolak saya ke mana lagikah saya harus pergi?

Apabila Yesus mengatakan “Aku tahu segala pekerjaanmu.” Saya dapat bayangkan betapa setiap pekerjaan kita yang baik mahu pun yang jahat akan di tonton oleh kita apabila bertemu dengan Tuhan nanti.

Dan Tuhan berkata “Aku tahu segala pekerjaanmu.” Waktu itulah saudara dan saya akan berasa malu melihat perbuatan-perbuatan jahat kita yang kita lakukan secara sembunyi-sembunyi. Waktu itu tidak akan ada pertobatan yang akan di terima Tuhan. Kerana itu bertaubatlah selagi ada kesempatan. Itulah undangan Yesus terhadap Jemaat Sardis.

Lihat Wahyu 3:3 Karena itu ingatlah, bagaimana engkau telah menerima dan mendengarnya; turutilah itu dan bertobatlah! Karena jikalau engkau tidak berjaga-jaga, Aku akan datang seperti pencuri dan engkau tidak tahu pada waktu manakah Aku tiba-tiba datang kepadamu.

Tuhan Yesus meminta supaya mereka mentaati apa yang mereka telah terima dan dengar. Masalah inilah juga yang masih terjadi di kalangan kehidupan kristian; ketidaktaatan, "Disobedient". Banyak yang kita dengar, banyak yang kita baca, malah banyak yang kita tahu. Tapi tidak banyak yang kita taat dan tidak banyak yang kita lakukan. Inilah punca kematian iman di Sardis. Ketidaktaatan!

Kalau Jemaat di era ini masih juga hidup di dalam ketidaktaan, saya khuatir kita juga bisa mati, mati seperti Jemaat Sardis. Jemaat Tuhan di era ini harus memainkan peranan yang lebih aggresif lagi bagi menentang segala bentuk ketidaktaatan. Kerana kalau sekiranya tidak adalah mustahil bagi kita untuk menjadi saksi yang berkesan untuk Kerajaan Syurga. AWAS! Saudara ketidaktaatan boleh menyebabkan kita kehilangan pujian dari Tuhan.

Seperti juga kelalaian sedikit dalam peperiksaan boleh menyebabkan kita kehilangan kredit. Begitu juga dalam kehidupan Kristian kita. Kita bisa kehilangan kredit kalau kita hidup sebagai seorang Kristian yang lalai. Akibat ketidaktaatan, Jemaat di Sardis menjadi sebuah jemaat yang Nekros.

Kalau saudara baca Ulangan 28 saudara akan lihat betapa Allah menentang orang-orang yang tidak taat kepada perintahNya. Berkat-berkat Allah bersyarat!! Seperti Jemaat di Sardis Tuhan meminta supaya mereka memegang apa yang masih tinggal. Maka pada hari ini juga Tuhan mahu kita sebagai jemaatNya memegang apa yang masih tinggal. Jika tidak!! Tidak ada apa lagi yang baik yang saudara dan saya dapat persembahkan kepada Dia nanti. Jangan lepaskan apa yang masih tinggal saudara. Jemaat Sardis menjadi nekros kerana ketidaktaan mereka.

Pujian

Walaupun begitu ada juga beberapa orang yang tidak mencemarkan pakaiannya.

Lihat Wahyu 3:4 – Tetapi di Sardis ada beberapa orang yang tidak mencemarkan pakaiannya; mereka akan berjalan dengan Aku dalam pakaian putih, karena mereka adalah layak untuk itu.

Di dalam keadaan Jemaat Sardis yang nekros ini. Rupa-rupanya ada pula beberapa orang yang tidak mencemarkan pakaiannya.Di sini kita belajar, bahwa kita punya pilihan bagaimana harus hidup. Samada mau hidup cemar, ketidaktaatan dan nekros. Ataupun hidup memelihara dan menjaga kekudusan diri ini. Tidak semestinya apabila semua orang di jemaat atau di masyarakat kita hidup cemar, maka kita pun turut hidup cemar.
Saudara dan saya punya pilihan. Apakah ganjaran yang di terima oleh beberapa orang ini? Lihat bahagian kedua ayat 4, apa kata Yesus? “…..mereka akan berjalan dengan Aku dalam pakaian putih, kerena mereka adalah layak untuk itu.”

Jadi saudara, pada hari ini, “The choice is yours!!”
AMEN!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Hit Counter
Ticket Broker