Visit talk2sion
English Version

THANK YOU FOR VISITING TALK TO SION HOMEPAGE! I HOPE YOU ARE BLESSED AS YOU READ THE MESSAGES!

Sunday, September 11, 2005

Kepada Jemaat di Pergamos


Wahyu 2:12-17
2:12. "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Pergamus: Inilah firman Dia, yang memakai pedang yang tajam dan bermata dua: 2:13 Aku tahu di mana engkau diam, yaitu di sana, di tempat takhta Iblis; dan engkau berpegang kepada nama-Ku, dan engkau tidak menyangkal imanmu kepada-Ku, juga tidak pada zaman Antipas, saksi-Ku, yang setia kepada-Ku, yang dibunuh di hadapan kamu, di mana Iblis diam. 2:14 Tetapi Aku mempunyai beberapa keberatan terhadap engkau: di antaramu ada beberapa orang yang menganut ajaran Bileam, yang memberi nasihat kepada Balak untuk menyesatkan orang Israel, supaya mereka makan persembahan berhala dan berbuat zinah. 2:15 Demikian juga ada padamu orang-orang yang berpegang kepada ajaran pengikut Nikolaus. 2:16 Sebab itu bertobatlah! Jika tidak demikian, Aku akan segera datang kepadamu dan Aku akan memerangi mereka dengan pedang yang di mulut-Ku ini. 2:17 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat: Barangsiapa menang, kepadanya akan Kuberikan dari manna yang tersembunyi; dan Aku akan mengaruniakan kepadanya batu putih, yang di atasnya tertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh siapapun, selain oleh yang menerimanya."

Kota Pergamos di bina kira-kira 1000 kaki dari kampung-kampung sekitarnya. Ini menjadi kubu yang semulajadi kepada kota ini. Pergamos merupakan sebuah kota yang sophisticated. Pusat kepada kebudayaan dan pelajaran Greek. Memiliki perpustakaan yang mempunyai 200000 volume buku. Ia juga berupakan pusat kepada empat pemujaan berhala. Dan ketua tuhan kota ini ialah Asclepius, yang mempunyai lambang ular yang mana ia di anggap sebagai tuhan penyembuh. Ramai orang datang dari seluruh pelusuk dunia ke kota ini untuk mencari kesembuhan dari tuhan ini.

Ia dipanggil kota di mana Setan bertaktha kerana selain dari menjadi pusat pemujaan berhala Zues, Dionysius, Asclepius dan Athene, ia juga di kelilingi dengan penyambahan emperor.

Tidak mudah untuk menjadi Kristian di Kota yang penuh dengan berbagai cobaan, godaan dan tantangan ini. Kalau saudara tinggal di sini saudara akan terdedah kepada komproni. Kerana banyak tawaran-tawaran yang istimewa dan indah-indah yang di berikan oleh iblis. Tetapi membinasakan.

Walau pun begitu Yesus memuji jemaat ini Pergamos kerana mereka tetap hidup benar. Namun sesetengah jemaatnya masih juga berkompromi. Hidup di dalam dosa sexual, memakan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala.

Itulah saya katakan tadi, tidak mudah hidup sebagai seorang kristian di kota ini. Saudara akan senantiasa terdedah kepada cobaan dan godaan. Di dalam zaman ini samalah seperti kota San Francisco di America. Dan Kota Bangkok di Thailand.

Segala apa yang mata saudara lihat dan inginkan saudara boleh miliki dengan mudah sahaja. Saudara lihat kepada Jemaat di Efesus …Setan serang dengan mencuri kasih yang semula dari mereka. Kepada Jemaat di Smirna …… Setan serang dengan penganiayaan.
Kepada Jemaat di Pergamos pula…Setan serang dengan kompromi. Bijak, bijak. Iblis memang sangat tahu kelemahan saudara.

Ramai kristian yang jatuh kerana berkompromi. Walaupun saudara merupakan seorang kristian yang setia, rajin berdoa, dan rajin merenungi firman Tuhan, namun kalau saudara sudah mulai berkompromi terhadap iman saudara, Awas!! Inilah titik permulaan kecundangnya hidup rohani saudara. Ingat kompromi tidak datang sekali gus.

Iblis juga tidak datang kepada saudara dan memberi saudara satu suap dan apabila saudara tidak mahu dia pergi. Tidak!! Hari ini dia menyuap saudara, saudara tidak mahu, besok dia akan datang lagi, besok saudara menolak, lusa dia akan datang lagi. Sampailah akhirnya saudara mengalah, dan membuka mulut saja.

Berkompromi sikit-sikit tidak apa. Dosa sikit-sikit tidak salah. Pegang sikit-sikit tidak dosa. Awas! Saudara, jangan main api. Nanti terbakar. Saudara mengapa ramai kristian yang jatuh ke dalam dosa sexual? Jawabnya kerana berkompromi. Kompromi dan dosa sexual seperti adik beradik saudara. Tidak boleh di pisahkan. Kalau saudara tidak berkompromi, saudara tidak akan jatuh ke dalam dosa ini.

Jangan kata jemaat biasa saudara. Biar saudara pemimpin sekali pun kalau saudara menyerah kepada kompomi saudara bisa jatuh. Inilah yang terjadi kepada sesetengah ahli jemaat Pergamos. Dalam kesetiaan gereja ini berpegang kepada kebenaran. Ada pula di kalangan mereka yang hidup di dalam kenajisan. Berkompromi!!

Simson jatuh kerana berkompromi.

Judas jatuh kerana berkompromi.

Daud jatuh kerana berkompromi.

Peter Tan jatuh kerana berkompromi.

Banyak kali kita jatuh juga kerana berkompromi.

Mereka ini bukan orang sembarangan saudara.

Simson, orangnya gagah perkasa . Penuh dengan urapan Roh Allah. Jangan kata seekor anjing, 300 ekor serigala pun di tangkapnya dengan tangan kosong saja. Ribuan orang Filistin pun dikalahkannya bukan dengan pedang atau tombak, tetapi dengan tulang rahang serigala saja. Ibunya merupakan seorang yang beriman dan berpegang kepada Firman. Dan saya percaya pengaruh ini ada pada Simson juga. Saya percaya ibunya juga ada memberitahunya bahwa dia adalah seorang Nazereen. Orang yang sudah di dedikasikan untuk Tuhan. Tidak boleh minum arak dan tidak dibenarkan memotong rambut. Simson tahu semua ini. Namun dia berkompromi.

Di dalam ceritanya dengan Delilah saudara tahu bagaimana Delilah menggodanya. Ia seperti orang Kantonese bilang “Le lai lah!!” Simson pula jawab “Ngo moi lah!” Akhirnya kerana terlalu banyak kali “Le lai lah. Leh lai lah!” Akhirnya Simson menjawab “Cincai lah!”

Nah! saudara bukan beginikah godaan dan cobaan yang datang kepada saudara setiap hari. Ia bermula dari Le lai lah. Selagi saudara tidak berkata “cincai lah!” saudara tidak akan jatuh. Dalam pekataan lain; selagi saudara tidak berkompromi, saudara tidak pernah akan jatuh.

Amen!














0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Hit Counter
Ticket Broker