Emosi

Emosi
Saudara emosi ialah bahagian yang sangat penting di dalam manusia. Tuhan meletakkan emosi ini di dalam jiwa kita bersama-sama dengan fikiran, dan kehendak kita. Emosi adalah tempat di mana perasaan di proses. Dan Tuhan memberi kita emosi agar kita dapat merasai kasihNya dan juga mengasihiNya. Emosi membolehkan kita mengasihi dan di kasihi oleh orang lain. Emosi adalah bahagian yang paling sensitif. Ia mudah terluka, dan menyemarakkan kemarahan.
Bahagian ini sangat penting dalam diri kita, kerana bahagian inilah yang memungkinkan kita menyembah Allah dan mengetahui bahawa Dia benar-benar hadir di tengah-tengah kita. Kerana “Nature” nya yang sensitif, emosi bisa merasai sentuhan dan jamahan Allah. Emosilah yang membolehkan kita merasai Kasih Allah. Emosilah yang membolehkan kita mengetahui Yesus mencintai kita. Dan emosilah yang membolehkan kita membalas cintaNya.Emosilah yang membolehkan kita ketawa, menangis, bersukacita dan bersedih hati. Emosilah yang menjayakan sesebuah lakunan. Emosilah yang membolehkan saudara dan saya berasa belas kasihan.
Tanpa emosi saudara tidak ubah seperti Zombi. Tanpa emosi dunia ini menjadi gelap. Tanpa emosi saudara tidak ubah seperti robot. Nah! saudara kerana begitu pentingnya bahagian ini. Iblis sering mengambil kesempatan untuk merosakkannya. Kerana kalau iblis dapat merosakkan emosi saudara. Iblis dapat merosakkan saudara. Dari emosi Iblis dapat menyebabkan saudara membenci Allah. Dan sekali pun saudara menyembah Dia, saudara tidak bisa menikmati kasihNya terhadap diri saudara. Saudara juga akan mulai meragui kasih cinta Yesus.
Emosi yang rosak samalah seperti sebiji belon yang kendur. Maka kerana itu saudara, kita harus menjaga emosi ini. Emosi ini harus di pelihara. Kerana emosi saudaralah yang menentukan samada saudara bahagia atau tidak dalam hidup ini. Manusia yang paling bahagia di dunia ini ialah manusia yang punya emosi yang stabil. Seorang manusia akan menjadi terhuyung-hayang, sekiranya emosinya tidak stabil.
Terluka
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakan emosi.
Saudara emosi ialah bahagian yang sangat penting di dalam manusia. Tuhan meletakkan emosi ini di dalam jiwa kita bersama-sama dengan fikiran, dan kehendak kita. Emosi adalah tempat di mana perasaan di proses. Dan Tuhan memberi kita emosi agar kita dapat merasai kasihNya dan juga mengasihiNya. Emosi membolehkan kita mengasihi dan di kasihi oleh orang lain. Emosi adalah bahagian yang paling sensitif. Ia mudah terluka, dan menyemarakkan kemarahan.
Bahagian ini sangat penting dalam diri kita, kerana bahagian inilah yang memungkinkan kita menyembah Allah dan mengetahui bahawa Dia benar-benar hadir di tengah-tengah kita. Kerana “Nature” nya yang sensitif, emosi bisa merasai sentuhan dan jamahan Allah. Emosilah yang membolehkan kita merasai Kasih Allah. Emosilah yang membolehkan kita mengetahui Yesus mencintai kita. Dan emosilah yang membolehkan kita membalas cintaNya.Emosilah yang membolehkan kita ketawa, menangis, bersukacita dan bersedih hati. Emosilah yang menjayakan sesebuah lakunan. Emosilah yang membolehkan saudara dan saya berasa belas kasihan.
Tanpa emosi saudara tidak ubah seperti Zombi. Tanpa emosi dunia ini menjadi gelap. Tanpa emosi saudara tidak ubah seperti robot. Nah! saudara kerana begitu pentingnya bahagian ini. Iblis sering mengambil kesempatan untuk merosakkannya. Kerana kalau iblis dapat merosakkan emosi saudara. Iblis dapat merosakkan saudara. Dari emosi Iblis dapat menyebabkan saudara membenci Allah. Dan sekali pun saudara menyembah Dia, saudara tidak bisa menikmati kasihNya terhadap diri saudara. Saudara juga akan mulai meragui kasih cinta Yesus.
Emosi yang rosak samalah seperti sebiji belon yang kendur. Maka kerana itu saudara, kita harus menjaga emosi ini. Emosi ini harus di pelihara. Kerana emosi saudaralah yang menentukan samada saudara bahagia atau tidak dalam hidup ini. Manusia yang paling bahagia di dunia ini ialah manusia yang punya emosi yang stabil. Seorang manusia akan menjadi terhuyung-hayang, sekiranya emosinya tidak stabil.
Terluka
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakan emosi.
- Perbuatan orang lain terhadap saudara.
- Perkataan orang lain terhadap saudara.
- Pasrah
Perbuatan orang lain terhadap saudara.
Diperkosa.
Ditinggalkan.
Ditipu.
Didera.
Disiksa.
Diperdaya.
Dipergunakan.
Dianiaya.
Perkataan orang lain terhadap saudara.
Digosib.
Dimaki.
Diberi nama samaran yang buruk. – Si gemuk, si bodoh, dll.
Dihina
Dimarahi di hadapan umum.
Diberi janji palsu.
Dikutuk
Dibanding-bandingkan
Digali kubur lama saudara.
Pasrah
Pasrah ialah sesuatu yang terjadi terhadap saudara yang bukan atas kehendak saudara. Dan di luar kawalan saudara. Misalnya sewaktu kecil saudara dipersembahkan kepada berhala. Sewaktu dalam kandungan saudara mahu di gugurkan. Saudara di lahirkan silap jantina.
Kesembuhan
Ada tiga cara bagaimana saudara bisa memperolehi kesembuhan emosi.
Mengampuni.
Melepaskan.
Menangis
Mengampuni
Mengampuni bukan satu pilihan saudara. Mengampuni adalah satu perintah. Samada saudara suka atau tidak saudara harus mengampuni. Kita mengampuni bukan kerana orang yang telah melukakan kita itu layak di ampuni. Tapi kerana sesungguhnya kita yang tidak layak ini pun telah diampuni oleh Tuhan. Maka siapakah kita ini yang tidak mau mengampuni orang lain? Kita mengampuni bukan untuk orang yang telah menyakitkan hati kita, tetapi untuk kebaikan diri kita sendiri. Untuk kesembuhan dan pemulihan emosi kita. Untuk pelepasan diri kita sendiri.
Melepaskan
Apa kata Paulus “Buanglah segala kegeraman....” Semua ini tidak harus disimpan. Ia harus di buang.
Apabila saudara membuang, ia bererti saudara melepaskan, orang tersebut dari kemarahan, kegeraman, dan dendam saudara. Dan Saudara tahu pasti, apabila saudara melepaskan orang lain, Tuhan akan melepaskan saudara dari segala ikatan dan belenggu. Tidak ada hidup yang lebih gembira dari kehidupan yang bebas dan merdeka dari segala macam belenggu.
Menangis (diambil dari artikel Air Mata)
Kalau semua cara saudara sudah coba, dan tidak mendatangkan sebarang hasil, coba menangis, coba meratap. Tuhan mencipta air mata bukan untuk simpan dan ditakung menjadi kolam di mata kita saudara. Air mata di jadikan untuk di keluarkan. Ya, agar saudara dapat meluahkan isi hati saudara yang paling dalam. Air mata berbicara. Air mata meluahkan. Air mata punya bahasanya tersendiri saudara. Jauh lebih dalam untuk di mengerti berbanding dengan segala bahasa yang ada di dunia ini.
Bila saudara menghadapi kesusahan, sedih atau apa saja dan saudara rasa macam mau menangis, saudara tidak sepatutnya malu untuk menangis di hadirat Allah. Kerana sesungguhnya Allah telah menjadikan air mata bukan untuk di simpan tetapi untuk di cucur dan keluarkan. Dan Allah bisa mengerti bahasa air mata saudara.
Daud, yang punya kekuatan bala tentara yang tiada tandingnya, yang punya segala kekayaan, yang punya segala kuasa, yang punya taktha, punya kedudukan dan punya segala-galanya masih MENANGIS lagi saudara.
Lihat Mazmur 42:4“Air mataku menjadi makananku siang dan malam, kerana sepanjang hari orang berkata kepadaku: ‘Di manakah Allahmu?’”
Mazmur 6:7 “Lesu aku karena mengeluh; setiap malam aku menggenangi tempat tidurku, dengan air mata aku membanjiri ranjangku.
Mazmur 102:10 “Sebab aku makan abu seperti roti, dan mencampur minumanku dengan tangisan,…”
Menurut Mazmur 56:9- Allah menghitung-hitung sengsara kita, dan Allah menaruh setiap titisan air mata kita di dalam kirbatNya.
“Sengsaraku Engkaulah yang menghitung-hitung, air mataku Kau taruh ke dalam kirbatMy. Bukankah semuanya telah Kau daftarkan?”
Yeremia juga meratap dan menangis, tapi bukan untuk dirinya sendiri, melainkan untuk bangsanya. Untuk kesembuhan bangsanya.
Lihat Yeremia 9:1 Di sini Yeremia berkata, “Sekiranya kepalaku penuh air, dan mataku jadi pancuran air mata, maka siang dan malam aku akan menangisi orang-orang puteri bangsaku yang terbunuh!”
Yeremia 13:17 Yeremia berkata, “Jika kamu tidak mau mendengarkannya, aku akan menangis di tempat yang tersembunyi oleh karena kesombonganmu, air mataku akan berlinang-linag, bahkan akan bercucuran, oleh sebab kawanan domba Tuhan diangkut tertawan.”
Ratapan 3:48 Yeremia berkata lagi, “Air mataku mengalir bagaikan batang air, karena keruntuhan puteri bangsaku.”
Ayub, seorang yang hidup benar di hadapan Tuhan, ketika menghadapi kesusahan di mana segala yang di milikinya hilang, anak-anak mati, binatang ternaknya lesap, kekayaannya lenyap, kulitnya reput dimakan kusta, sesudah itu dia di tuduh lagi oleh teman-temannya. Ayub MENANGIS SAUDARA.
Saudara, selagi kita menganggap diri kita ini manusia, menangislah.
Kerana orang yang tidak boleh menangis bukan manusia. Tapi zombies.
Kesaksian: Bekas tentera yang di bom, kakinya putus tapi tidak mau menangis.
Orang yang boleh menangis ialah manusia yang boleh hidup.
Setiap kali ketika saya menghadapi kesusahan, kesakitan dan kekecewaan saya MENANGIS.
Saya juga tidak dapat tahan kalau saya di marahi terus-terusan. Saya akan menangis.
Selagi air mata bisa mengalir dari mata ini, selagi itulah segala kedukaan, kesedihan, kesakitan dan kelukaan dapat di luahkan keluar bersama air mata yang becucuran.
Saya tidak menyimpn air mata saya. Kerana saya tidak mau menyimpan kelukaan saya. Menyimpan kelukaan saya sama seperti menyimpan kanker di dalam daging saya.
Saya selalu datang di hadirat Allah meluahkan isi hati saya. Tidak banyak dengan suara saya yang lantang. Cukup dengan bahasa air mata.
SYUKUR KERNA ALLAH TELAH MENJADIKAN AIR MATA.
Saudara perlu punya keberanian untuk menangis. Ada orang memang malu mau menangis. LEBIH-LEBIH LAGI LAKI-LAKI.
Saudara, ketahuilah bahwa, menangis bukan tanda kelemahan.
Seperti yang dikatakan oleh perumpamaan China “Wira hanya mengalir darah bukan air mata.” INI TIDAK BENAR!!!!!
Salahkah kita kalau kita meluah dan mengongsikan kesakitan kita?
Nah! Air mata itu ada luahan kesakitan saudara.
YESUS sendiri MENANGIS.
Sebenarnya Dia bukan hanya menangis, tetapi meratap dan meraung bila kesakitan sudah terasa pedihnya.
YESUS TIDAK LEMAH.
Kalau Dia lemah, Dia tidak perlu mati di atas kayu salib dengan satu kematian yang begitu mengerikan.
JADI, jangan takut menangislah!!!
Banyak kali saya melihat ketika saya berdoa untuk seseorang mereka cuba menahan-nahan air mata mereka.
Lalu saya berkata “Menangislah jangan tahan air mata kamu !!!” Barulah kelihatan air mata itu mengalir membasahi pipi mereka.
Selalunya selepas menangis saudara akan berasa lega, dan lebih mudah untuk saudara untuk terus bernafas.
Air mata membawa saudara menuju kesembuhan dan pemulihan.
MENANGISLAH KALAU SAUDARA PERLU MENANGIS!!
Lupakan yang silam
Yesaya 43:18-19
FirmanNya: “Janganlah ingat-ingat hal-hal yang dahulu, dan janganlah perhatikan hal-hal yang dari zaman purbakala! Lihat, Aku hendak membuat sesuatu yang baru, yang sekarang sudah tumbuh, belumkah kamu mengetahuinya?”
Ada dua perkara yang saudara boleh lihat di dalam ayat ini; JANJI dan SYARAT.
JANJI ; Tuhan hendak membuat sesuatu yang baru.
SYARAT; Janganlah ingat-ingat hal-hal yang dahulu, dan janganlah perhatikan hal-hal yang dari zaman purbakala.
Hidup Paulus berubah, kerana dia melupakan segala sesuatu yang silam. Kalau saudara mahu hidup saudara di ubah, maka saudara harus belajar melupakan segala sesuatu yang silam. Pengalaman-pengalaman pahit yang sering menghantui emosi saudara harus di tinggalkan dibelakang dan jangan di ingat-ingat lagi.
YESUS MENGERTI
Lazarus dibangkitkan.
Yohanes 11:1-16 – sila baca
Yesus yang walaupun Dia punya kuasa untuk membangkitkan Lazarus dari kubur, namun Dia tetap menangis apabila melihat Maria, Martha dan orang-orang di sekilingnya menangis. Mengapa? Kerana Dia merasai apa yang mereka rasai. Hati Yesus mudah tergerak dengan belas kasihan. Dia tahu masa depan saudara. Kalaulah pada hari ini emosi saudara tidak setabil, gunda gulana. Tuhan Yesus mengerti. Dan kalau Dia dapat membangkitkan Lazarus yang sudah di kubur, Dia juga dapat membangkitkan saudara dari pergumulan emosi saudara. Apakah ada di kalangan saudara yang mahu dibangkitkan di sini?
Perempuan yang di tuduh berzinah.
Yohanes 8:1-11 –sila baca.
Kepada siapakah tempat perempuan ini harus mengaduh? Semua orang di sekelilingnya siap untuk menghukumnya. Siap untuk melontarinya dengan batu. Di saat di mana saudara memerlukan seseorang untuk mengangkat saudara, pada saat di mana semua orang di sekeliling saudara tidak dapat mengerti keadaan saudara, pandanglah pada Yesus. Dia mengerti perasaan saudara.
Perempuan yang meminyaki kaki Yesus dengan minyak wangi.
Walaupun semua orang kenal siapa dia, seorang pelacur, perempuan ini tidak kisah. Dia mahukan pelepasan. Biarlah orang-orang di sekelilingnya mengheretnya keluar sekalipun, dia tidak kisah, dia mahu menyerahkan hidupnya pada Yesus. Walau orang-orang di sekelilingnya memandang hina pada dia kerana beliau adalah seorang pelacur, namun Yesus tetap menerimanya. Yesus mengerti emosi saudara.
Perempuan Samaria di tepi telaga
Yohanes 4:1-26 – sila baca.
Yohanes 4:13 Yesus berkata kepada perempuan ini “Barangsiapa minum air ini, ia akan haus lagi, tetapi barangsiapa minum air yang akan Ku berikan kepadanya, ia tidak akan haus utnuk selama-lamanya. Sebaliknya air yang akan Kuberikan kepadanya, akan menjadi mata air di dalam dirinya, yang terus menerus memancar sampai keapda hidup yang kekal.”
Saudara kesimpulannya, apa pun pergumulan emosi saudara pada petang ini. Ketahuilah, bahwa hanya Tuhan Yesus saja yang mengerti, yang dapat menyembuhkan dan yang dapat memuaskan dan melegakan saudara.Datanglah kepadaNya.
Malah pada saat pun Tuhan mengundang setiap saudara yang berbeban berat untuk datang kepadaNya. “Datanglah hai kamu yang berbeban berat...”
Matius 11:28 "Come to me, all you who are weary and burdened, and I will give you rest. 29Take my yoke upon you and learn from me, for I am gentle and humble in heart, and you will find rest for your souls. 30For my yoke is easy and my burden is light."
Isaiah 41:18 I will make rivers flow on barren heights, and springs within the valleys. I will turn the desert into pools of water, and the parched ground into springs.
Tuhan dapat menjadikan ketandusan emosi saudara, menjadi mata air.
Amen.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home