Visit talk2sion
English Version

THANK YOU FOR VISITING TALK TO SION HOMEPAGE! I HOPE YOU ARE BLESSED AS YOU READ THE MESSAGES!

Wednesday, August 31, 2005

PEMULIHAN


Saudara banyak penderitaan, kemusnahan dan kesakitan yang kita tanggung hari ini tidak berlaku atau terjadi tanpa sebab.Banyak penderitaan, kemusnahan dan kesakitan yang kita tanggung dan deritai hari ini adalah berpunca dari kebodohan-kebodohan dan kesilapan-kesilapan kita yang kelmarin, yang silam.

Contohnya, seperti apa yang telah terjadi kepada umat Allah Israel pada zaman Yeremia ini. Mereka yang dulunya satu bangsa yang gagah perkasa, satu bangsa yang disegani dan ditakuti, tapi kini menjadi satu bangsa buangan di Babel. Semuanya terjadi kerana kebodohan mereka sendiri. Mereka lari dari Allah, dan pergi kepada berhala. Allah mengutus nabi-nabi untuk memberi amaran kepada mereka. Tapi semuanya mereka taruh tepi sahaja. Mereka malah membunuh para nabi utusan Allah. Nah! Oleh kerana kedegilan dan ketegaran tengkuk mereka. Allah membenarkan Raja Nabukadnegar mengoyakkan kota kebanggaan mereka Yerusalem. Serta membakar habis bait suci Allah.

Lalu orang-orang Israel diheret sebagai orang buangan ke Babel. Nah! Nabi Yeremia adalah nabi yang hidup pada zaman itu. Yang telah menulis segala sesuatu yang berlaku di dalam bukunya. Di dalam buku inilah saudara lihat betapa begitu umat Allah sudah mula menuai apa yang telah di tabur mereka kelmarin.

Yeremia 15:18
Mengapakah penderitaanku tidak berkesudahan, dan lukaku sangat payah, sukar disembuhkan ?

Saudara, pada zaman ini pun masih ada lagi umat Allah yang mengeluh seperti ini. Mereka mengeluh di hadapan Tuhan, mengatakan,

“Tuhan mengapalah penderitaanku tidak pernah putus?”
“Mengapalah kesusahanku tidak pernah berkesudahan?”
“Mengapalah tiada kesembuhan @ pemulihan dalam hidup ini?”

Sudah saya katakan tadi tidak satupun yang terjadi dalam hidup saudara tanpa sebabnya. Saya tidak tahu apakah kesilapan kelmarin saudara.Saya tidak tahu apakah kebodohan kelmarin saudara sehingga saudara perlu menanggung akibatnya pada hari ini. Dan saya pun tidak mahu tahu!!!! Tapi, dapatkah apa yang saudara telah lakukan ditidakkan?

Mungkin kesilapan yang saudara telah lakukan itu sudah lima @enam @sepuluh tahun berlalu. Tapi baru hari ini saudara menuai hasilnya. Berapa ramai kristian yang menderita tanpa mengetahui bagaimana mereka bisa dipulihkan. Yang lebih menyedihkan ialah ramai yang tidak sedar yang mereka sebenarnya memerlukan pemulihan. Mereka menganggap segala sesuatu yang terjadi ke atas adalah biasa-biasa saja. Kerana kejahilan inilah saudara, ramai yang pincang, tidak berhasil @ bertumbuh di dalam kehidupan rohani mereka.

Luaran memang kelihatan kuat, tetapi dalaman berulat. Bagaimanakah kita bisa menjadi terang dunia, kalau terang kita sudah tidak ada sinarnya lagi? Bagaimanakah kita bisa menjadi garam dunia, kalau garam kita sudah tidak ada masinnya lagi? Bagaimanakah jemaat Allah yang sakit dapat menjadi saksi yang berkesan bagiNya? Saudara saya tidak tahu bahagian manakah dalam diri @ hidup saudara yang perlukan pemulihan.

Tapi yang saya tahu ialah Allah mau memulihkan saudara. Di dalam Tuhan senantiasa ada kesempatan yang kedua kali saudara. Di dalam Tuhan, tidak ada persoalan yang tidak ada jawapanya saudara. Nah! Kini saudara sudah sadar saudara silap, saudara sadar yang saudara bersalah, saudara mula sadar akan kebodohan-kebodohan saudara.Tapi bagaimanakah saudara bisa beroleh kesembuhan dan pemulihan dari segala penderitaan yang diakibat oleh kebodohan dan kesilapan silam saudara?

Lihat Yeremia 15: 19- Apa jawapan Tuhan terhadap soalan Yeremia?

Karena itu beginilah jawab Tuhan “Jika engkau mau kembali, Aku akan mengembalikan engkau menjadi pelayan di hadapanKu, dan jika engkau mengucap apa yang berharga dan tidak hina, maka engkau akan menjadi penyambung lidah bagiKu. Biarpun mereka akan kembali kepadamu, namun engkau tidak perlu kembali kepada mereka.”

Nah! Di sini saudara lihat hukum utama untuk saudara memperolehi pemulihan, kesembuhan dan pelepasan ialah pertobatan. Tiada pemulihan tanpa pertobatan. Setiap pemulihan mestilah didahului oleh pertobatan yang sungguh –sungguh di hadapan Tuhan.
Ya! Bila saudara mula sadar akan kebodohan dan kesilapan saudara, yang paling utama dan yang paling pertama untuk saudara lakukan ialah merendahkan diri saudara dihadapan Allah.

Lihat Ezra 9

Ketika Ezra mula sadar yang suku bangsanya perlukan pemulihan dan pelepasan. Ezra tidak tangguh-tangguh lagi. Ezra terus saja merendahkan dirinya, berdoa dan bertaubat bagi suku bangsanya.

Ezra meratap, menangis, meninggalkan makan dan minumnya, mencabut rambut kepalanya dan janggutnya, dan mengoyakkan pakaian dan jubahnya. Menunjukkan betapa sungguhnya dia kesal akan perbuatan bangsanya, yang mengengkari perintah Allah.

Lihat Ezra 9:3 – Ezra mengoyakkan pakaian dan jubahnya, mencabut rambut di kepalanya dan janggutnya.

Lihat dan baca Ezra 9:6-15 dan dengar sendiri doa pertobatannya.

Ezra 10:1 Mngatakan, sementara Ezra berdoa dan mengaku dosa, sambil menangis dengan bersujud di depan rumah Allah, berhimpunlah kepadanya jemaah orang Israel yang sangat besar jumlahnya, laki-laki, perempuan dan anak-anak. Orang-orang itu menangis keras-keras. Ezra membawa seluruh bangsanya bertaubat.

Ezra 10:9 Seluruh rakyat duduk di halaman rumah Allah. Mereka tidak hiraukan hujan lebat yang membasahi mereka, sampai ada yang menggigil. (They mean business).

Mereka sungguh-sungguh mau kembali kepada Allah. Hubungan Israel dengan Allah sudah terputus kerana ketidaksetiaan mereka. Tapi kini mereka mau kembali. Mereka sanggup merendahkan diri, mengaku dosa dan mencari wajah Allah. Mereka maukan Pemulihan Hubungan mereka dengan Allah yang sudah lama hilang dan terputus.

Saudara, Allah bisa memulihkan dan membangunkan semula kehidupan saudara, ya, asal saudara mau kembali kepadaNya. Tiada seorang pun yang terlalu jauh dari Allah sehingga mereka tidak dapat dipulihkan. Pertobatan adalah satu-satunya jalan untuk pulang ke pangkuan Bapa Syurgawi saudara. Biar jauh manapun saudara sudah meninggalkan Allah atau lama manapun saudara sudah bersembunyi daripadaNya, Dia bisa memulihkan hubungan saudara kembali denganNya dan membangkitkan semula hidup ini.

Tapi, yang sedihnya ialah, ramai orang yang mahukan pemulihan dan kesembuhan, tetapi tidak mahu pertobatan. Tidak sanggup menukar gaya dan haluan hidup mereka.
Kalau gitu saudara bagaimanalah mungkin saudara yang maukan pemulihan bisa memperolehinya?

Lihat Lukas 15, cubalah kita ikut contoh anak yang hilang ini. Setelah dia mula sedar akan kejahatannya. Dia pulang, dia kembali ke pangkuan bapanya. Adakah bapanya menolaknya, atau menghalaunya pergi. Tidak! Bapanya dengan tangan yang terbuka luas menyambut ke pulangan anaknya. Memeluk dan menciumnya, ya walaupun badan anaknya itu bau tahi babi.

Tapi kerana anaknya sanggup bertaubat dan kembali ke pangkuannya. Dia menerimanya dan menggantikan pakaian anaknya dengan pakaian yang baru, menandakan penanggalan hidup lama yang diganti oleh bapanya dengan hidup baru, memberinya kasut baru, menandakan penukaran jalan dan haluan hidup dari jalan yang membawa maut ke jalan yang membawa kepada kehidupan, menyarungkan cincin di jari anaknya, menandakan pemulihan yang kekal bagi perhubungan mereka berdua.

Nah! Saudara, pada hari ini. Kalau saudara sanggup kembali kepada Bapa, Dia juga mau menggantikan pakaian lama saudara dengan pakaian baru, memberi saudara sepasang kasut baru dan menyarungkan cincin di jari saudara.

Kembalilah kepadaNya saudara, biarpun badan saudara berbaukan tahi babi. Dia menunggu saudara.Saudara, ketahuilah kebenarannya pada hari ini.Tuhan amatlah mahu menyembuh dan memulihkan saudara. Tetapi, adakah saudara juga mahu untuk di pulihkan?

Lihat 2 Tawarikh 7:13-14 Allah berfirman,

“Bilamana Aku menutup langit, sehingga tidak ada hujan, dan bilamana Aku melepaskan penyakit sampar di antara umat Ku, dan umat Ku, yang atasnya nama Ku disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah Ku, lalu berbalik dari jalan-jalan yang jahat, maka Aku akan mendengar dari sorga dan mengampuni dosa mereka serta memulihkan negeri mereka.”

Nah! Sekali lagi saudara lihat bahwa pemulihan akan hanya terjadi jika sekiranya umat Allah sanggup bertaubat, meninggalkan perbuatan jahat dan kembali kepada Allah.

Negara dan bangsa. Kalau negara dan suku bangsa kita maukankan pemulihan, maka negara dan bangsa kita dan seluruh rakyatnya perlu bertaubat dan kembali kepada Allah.
Niniwe adalah sebuah kota yang sepatutnya ditunggangbalikkan oleh Allah, tapi tidak di lakukanNya kerana kota ini dan panghuninya sanggup merendahkan diri mereka untuk bertaubat Allah selamatkan Niniwe dari murkaNya kerana mereka sanggup bertaubat.

Lihat Yunus 3:4-5 Mendengar saja pengumuman Yunus, baik raja, baik orang dewasa maupun anak-anak mereka semuanya mengenakan kain kabung dan berpuasa.

Yunus 3:6 Apa lagi rajanya, baginda sanggup turun dari singgasananya, menanggalkan jubah dirajanya dan mengenakan kain kabung lalu duduk di atas abu.

Yunus 3:7 Lalu di perintah pula baginda supaya jangan ada manusia dan ternak, lembu sapi dan kambing domba yang harus makan atau minum air.

Yunus 3:8 Haruslah semuanya, manusia dan ternak berselubungkan kain kabung dan berseru kepada Allah serta haruslah masing-masing berbalik dari tingkah lakunya yang jahat dan dari kekerasan yang dilakukannya.

Lihat Yunus 3:10 –Di sinilah saudara lihat betapa Allah yang kita sembah itu adalah Allah yang baik.

Apa yang terjadi saudara?

Ketika Allah melihat perbuatan mereka itu, yakni bagaimana mereka berbalik dari tingkah lakunya yang jahat, maka menyesallah Allah karena malapetaka yang dirancangNya terhadap mereka, dan Iapun tidak jadi melakukannya.

Keluarga. Kalau di dalam keluarga saudara sudah mula ada keretakan, pergaduhan yang tidak pernah ada hentinya siang dan malam, anak-anak yang makin memberontak, sakit-penyakit yang makin menjadi sering, ekonomi yang makin merosot, hutang makin banyak dan kewangan makin kurang, di tambah lagi dengan tekanan-tekanan dan tuntutan-tuntutan kerja yang makin menggunung, mana lagi tanggungjawab-tanggungjawab gereja yang tidak pernah kehabisan.

Saudara mahu saja menjerit, saudara mahu saja menangis. Untuk melepaskan geram dan tekanan saudara. Saudara keletihan! Saudara kekeringan! Saudara, kalau sudah beginilah keadaan hidup keluarga saudara. Saya kira saudara perlukan pemulihan., kesembuhan dan pelepasan yang hanya Allah sahaja bisa berikan.

Itu pun kalau saudara mau.

Gereja; Kalau gereja pula sudah mula ada perpecahan, pemberontakan, keangkuhan dan kesombongan sudah mula menjalar di kalangan ahli. Dan sudah mula kelihatan kebantutan dan kekeringan rohani. Maka adalah perlu bagi umat Allah seluruhnya @ satu jemaat datang di hadiratNya dan bertaubat.

JanjiNya ialah Dia akan mengampuni dan memulihkan saudara.

Pada hari ini, kalaulah saudara sudah mula sedar yang saudara memerlukan pemulihan tidak kira apa keadaan hidup saudara, tidak kira berapa lama pun penderitaaan saudara, tidak kira buruk manapun nasib saudara.

Saudara sekali lagi saya ingin mengatakan, saya tidak tahu pasti bahagian manakah dalam diri @ kehidupan saudara yang saudara mau Allah pulihkan.

Mungkin juga hubungan peribadi saudara dengan Allah, mungkin keluarga saudara, mungkin juga keluarga orang tua saudara, mungkin jiwa saudara, mungkin hati saudara yang hancur, mungkin kerjaya saudara, mungkin kewangan saudara, mungkin persahabatan saudara dengan seseorang, mungkin kehidupan peribadi saudara yang terlalu rahsia untuk disebut.

Saya tidak tahu. Yang saya tahu ialah, pada hari ini, tidak kira apapun bahagian dalam diri maupun kehidupan saudara yang perlukan kesembuhan dan pemulihan Allah mau menyembuh dan memulihkannya.Kuncinya ialah Pertobatan dan kembalilah kepada Allah. Tinggalkan segala perkara yang tidak menyenangkan hati Allah.Kembali ke pangkuan Bapa seperti anak yang hilang tadi kembali ke pangkuan bapanya. Bertaubat, berkabung dan berpuasa seperti kota Niniwe dan seluruh rakyatnya.Turunlah dari takhta keangkuhan dan kesombongan diri saudara, seperti baginda raja Niniwe yang turun dari takhtanya dan duduk di atas abu.

Saudara, Allah bukan hanya mau menyembuhkan saudara, Allah mau menjadikan saudara saluran berkatNya dan penyambung lidah bagiNya.Menjadi jurucakapNya. Dan menjadi umat yang dapat menyatakan kemuliaanNya di muka bumi ini.Saudara, kalaulah ia bergantung kepada saudara kembalilah kepada Tuhan sebelum Dia kembali lagi ke bumi ini.

Kesimpulan

Saudara biar apa pun yang saya katakan, biar apa pun yang saya sampaikan, mesej ini tetap menuju kepada satu tujuan, tujuan yang Allah sendiri mau sempurnakan.Sebenarnya Allah mahu umatnya kembali kepadaNya. Allah mau umatNya pulang ke pangkuanNya.

Di dalam Wahyu 2:5 Tuhan Yesus berkata kepada Jemaat di Efesus “Sebab itu ingatlah betapa dalamnya engkau telah jatuh! Bertobatlah dan lakukan lagi apa yang semula engkau lakukan…………………………

Saudara, kalaulah pada hari ini saudara sadar yang Tuhan sedang berbicara dan berbisik kepada saudara. Kembalilah dan pulanglah ke pangkuannNya.Saudara tidak perlu berasa malu, rasa tidak diterima atau terkutuk.

Bapa Syurgawi menanti kepulangan saudara.

AMEN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Hit Counter
Ticket Broker