Visit talk2sion
English Version

THANK YOU FOR VISITING TALK TO SION HOMEPAGE! I HOPE YOU ARE BLESSED AS YOU READ THE MESSAGES!

Thursday, September 01, 2005

DEMAS




Ada seorang ahli falsafah dan theologi Denmark bernama Soren Kierkegaard, menceritakan satu perumpamaan tentang seekor itik yang terbang balik ke Eropah Utara.

Pada suatu hari itik ini turun di suatu ladang. Ia melihat-lihat di sekelilingnya, dan berfikir sendiri. “Nah! Ladang ini sungguh bagus. Setiap hari tuan ladang ini akan memberi aku jagung untuk di makan. Dan air yang segar unutk diminum. Apa lagi yang aku mau?” Keadaan sekitarnya sungguh menyenangkan, semuanya ada.

Selepas tinggal sehari di dalang ini, ditambah lagi dengan sehari. (Maklumlah sewa hotel pun tak kena bayar, makan tanggung, tidur tanggung. Wah!) Tidak disedari itik ini sudah pun tinggaal di ladang ini selama seminggu. Kerana sudah duduk seminggu, sudah tentu tiada masalah untuk duduk sebulan.

Tanpa di sedari, musim bunga pun berlalu, begitu cepat sekali. Tiba-tiba kelihatan sekawanan ahli-ahli keluarganya sedang terbang ke arah selatan di atas kepalanya. Lalu itik ini pun berkata kepada dirinya “Aku mesti ikut mereka.” Ia pun mula mengepak-ngepakkan sayapnya. Tapi malangnya ia hanya dapat terbang sampai ke atas ataap sahaja.

Lalu ia pun berkata, “Ah! Baik aku tinggal di sini sampai habis musim salji.”
Maka itik ini pun tinggallah di ladang itu. Lalu tibalah pula musim bunga di mana sekawana itik-itik terbang ke utara lagi. Suatu dorongan timbul di hati si itik ini, “ Kali ini aku mesti ikut mereka.” Tapi kini ia hanya mengepak-ngepakkan sayapnya.

Tahun berikutnya sewaktu kawanan itik ini lalu di ladang itu lagi, tiada lagi sehelai bulu di dadanya. Ia hanya balik ke ladang itu dan makan jagung yang hanya menggemukkan badannya.

Nah! Saudara bukankah perumpamaan ini di ubah seperti kehidupan kristian kita. Ramai kristian yang tidak ubah seperti itik ini. Pada suatu ketika dulu mereka begitu saleh, begitu kuat iman mereka, dan begitu tinggi kerohanian mereka. Tapi oleh kerana keinginan daging yang selalu mahu mencuba sesuatu yang baru. Mereka terikat dan terbelenggu dengan gaya dan cara hidup duniawi. Setiap kali mereka melihat saudara-saudara seiman yang lain terbang tinggi, melayani Tuhan dengan berapi-api. Mereka pun mau juga. Tetapi tidak juga sanggup meninggalkan gaya hidup lama mereka.

Siapalah yang mau meninggalkan tempat di mana segala keseronokan dan segala kepuasan dapat diperolehi di sana. Maka hari demi hari berlalu, bulan demi bulan berlalu dan tahun demi tahun berlalu. Apa yang terjadi saudara. Oleh kerana ketindaksanggupan mereka meninggalkan ladang duniawi ini dengan segala keseronokan dan nikmat yang ada di dalamnya, akhirnya saudara- saudara seiman kita menjadi sebahagian daripada penghuninya. Mahu terbang tetapi tidak bisa lagi sudah terlalu gemuk. Dikenyangkan oleh perkara-perkara duniawi. Mahu meninggalkan tempat lama ini tetapi sudah jadi warga kotanya.

Saudara, banyak kali kita menjadi letih, menjadi penat bila sudah banyak kali mencuba dan mencuba mau melawan keinginan-keinginan daging, melawan godaan-gadaan, dan tawaran-tawaran istimewa dunia. Mungkin sudah banyak kali saudara mau meninggalkan hidup lama saudara. Mungkin sudah banyak kali saudar mencuba dan mencuba dan mencuba mau melepaskan diri dari tabiat-tabiat buruk saudara. Yang jijik dan tidak rohani. Namun saudara tetap tidak berhasil.

Saudara tetap tidak pernah memperolehi penerobosan dalam kehidupan kristian saudara. Saudara boleh pilih samada mau terus tinggal dalam keadaan begitu dengan memberi seribu satu macam dalih dan alasan. Atau pun saudara mau terus mencuba sampai saudara berhasil. Saudara boleh saja menjadi seperti itik tadi. Bila ia hanya bisa terbang sampai ke atap saja, ia terus berdalih-dalih. Sepatutnya ia tahu lebih lama ia tinggal di ladang itu lebih gemuklah jadinya.

Nah! Saudara, sebelum saudara menjadi terlalu gemuk secara duniawi. Terbanglah!!! Cuba sedaya upaya saudara. Kurangkan makan daging (Keinginan kedagingan).

Rasul Paulus berbicara dengan nada yang berlainan sekali di akhir-akhir hayatnya. Di dalam 2 Tim 4 beliau mencatatkan pesanan-pesanannya yang terakhir kepada anak rohaninya Timotius. Beliau tahu bahwa tidak lama lagi beliau akan pergi meninggalkan dunia ini.

Bila Paulus memaling kebelakang, melihat kembali kehidupannya yang telah berlalu, Paulus berkata “Aku telah mengakhiri pertandingan yang baik, aku telah mencapai garis akhir dan aku telah memelihara iman. (2 Tim 4:7)

Lalu Paulus melihat di hadapan dengan penuh kebangaan dan berkata “Sekarang telah tersedia bagiku mahkota kebenaran yang akan dikaruniakan kepadaku oleh Tuhan, Hakim yang adil, pada hariNya; tetapi bukan hanya kepada ku, melainkan juga kepda semua orang yang merindukan kedatanganNya.” (2Tim4:8)

Paulus melihat kembali ke belakang dengan kemenangan dan keyakinan, begitu juga yang dilihatnya apabila memandang di hadapannya mahkota yang sedang menantinya. Di belakang kemenangan, di depan mahkota kebenaran. Sungguh indah saudara, pencapaian hidup Paulus. Tetapi apabila ia melihat di sekelilingnya, ada seorang yang hilang.

Demas!!!

Paulus meratap “Kerana Demas talah mencintai dunia ini dan meninggalkan aku. Ia berangka ke Tesalonika.”

Siapakah Demas ini sebenarnya saudara?

Pertama kali kita melihatnya didalam surat Paulus kepada Jemaat di Kolose (4:14), di mana Paulus menyampaikan salam Demas kepada Jemaat di sana. Sudah tentu Demas adalah seorang yang di kenali dan berpengaruh di gereja.
Kerana di dalam surat Paulus kepada Philemon, sekali lagi nama Demas disebut di dalam kumpulan orang-orang yang menyampaikan salam.

Kolose 4:14 “Salam kepada mu dati tabib Lukas yang kekasih dan dari Demas.”

Filemon 1:24 “……..dan dari Markus, Aristakhus, Demas dan Lukas, teman-teman sekerjaku.”

Jelas menunjukkan Demas adalah seorang yang beriman. Di tahun tahun terakhir Paulus berada di penjara di Rom. Kematiannya pun sudah menantinya. Kegemilangan mengembara dan dikerumuni orang banyak untuk mendengar khotbah Paulus sudah hanya tinggal memori.

Di saat inilah Paulus berkata “Demas………telah meninggalkan aku. Ia telah berangkat ke Tesalonika.”

Saudara, walaupun tidak banyak cerita yang tercatat di dalam Alkitab tentang Demas, tetapi ada 3 fakta yang dapat kita pelajari di sini. Kita melihat dengan jelas bahwa Demas telah jatuh cinta dengan dunia. Demas telah sengaja memilih dunia. Demas menuai ganjaran-ganjaran dunia.

Penukaran kasih cinta

Rasul Paulus melihat dengan jelas penukaran kasih cinta Demas.

2 Tim 4:10 “Demas telah mencintai dunia ini………”

Untuk menunjukkan tahab komitmen Demas kepada dunia, Paulus menggunakan perkataan Yunani untuk cinta iaitu ‘Agape’.Satu perkataan yang kuat untuk menunjukkan komitmen kasih cinta seseorang kepada sesuatu benda @ seseorang yang lain. Ia satu simbol di mana seseorang itu menumpuhkan sepenuh kuasa dan upayanya untuk mencintai.Dan bila Paulus menggunakan perkataan ini, Paulus selalu merujuk kepada komitmen orang-orang percaya terhadap kedatangan Kristus.

Lihat 2 Tim 4:8 Sekarang telah tersedia bagiku mahkota kebenaran yang akan di karuniakan kepadaku oleh Tuhan, Hakim yang adil, pada hariNya; tetapi bukan hanya kepadaku, melainkan juga kepada semua orang yang merindukan kedatanganNya

Merindukan=agape

Apa yang kita dapat lihat dari kata-kata ini saudara? Demas telah membiarkan hawa nafsunya dan kedagingannya menguasai dirinya.

Lihat 1Yoh 2:16 ada tertulis “Sebab semua yang ada di dalm dunia, iaitu keinginan daging dan keinginan mata serta keangkuhan hidup, bukanlah berasal dari Bapa, melainkan dari dunia.”

Demas dulunya adalah seorang yang beriman, tetapi telah mengalah apabila gadaan dunia mengetuk pintu hatinya. Dari surat Paulus kepada Filemon kita lihat Demas telah bersama-sama dengan Paulus di Rom.
Saya kira sewaktu Paulus sibuk menginjil. Demas sibuk berjalan di lorong-lorong dan jalan-jalan untuk melihat-lihat kegemilangan yang ada di kota ini. Sewaktu meronda-ronda di Kota Rom, Demas juga melihat keseronokan-keseronokan duniawi dan tradisi pada hari itu.

Dan mungkin berkata dalam dirinya, “Saya sudah bosan dengan pengajaran Paulus yang penuh dengan penindasan. Ia tidak mahu melihat kami berseronok-seronok. Ia selalu memberitahu akmi supaya menyangkal diri kami. Mungkin bagi dia bolehlah. Tapi sayakan masih muda, dan masih punya banyak waktu.”

Demas mula berkompromi.

Saudara setiap kita masih mempunyai manusia lama kita yang suka melayani keinginan-keinginan daging, keseronokan-keseronokan dan keindahan-keindahan duniawi. Percayalah saudara Setan adalah pakar di dalam memberi kegemilangan-kegemilangan dan glamour yang mana orang-orang percaya selalu terperangkap. Segala keindahan duniawi setan dapat berikan kepda saudara. Dengan syarat saudara menyembah dia. Yesus pun sudah di beri tawaran ini. Namun Yesus menolaknya.

Seperti Demas kita juga selalu berkompromi. Kita juga selalu melayani tawaran-tawaran iblis dan melayani keinginan kedagingan kita. Lagi-lagi zaman yang serba moderen ini. Kita tidak perlu meronda-ronda seperti Demas di Kota Rom. Kita hanya perlu menekan butang dan ‘click’ sahaja. Maka segala keseronakan duniawi kita dapat nikmati.

Ada banyak alat-alat canggi zaman ini yang membolehkan kita menembusi alam duniawi yang penuh dengan berbagai keindahan yang palsu. Banyak kali kita seperti Demas mengikut sahaja segala kemahuan hati kita seperti lembu yang di cucuk hidungnya.

Persahabatan dengan dunia

Demas bukan saja menyerahkan dirinya kepada hawa nafsunya. Demas juga mencintai persahabatan yang ditawarkan oleh dunia. Baginya, sahabat-sahabat duniawi boleh beri lebih banyak lagi berbanding Paulus (seorang banduan yang di kawal oleh warden lagi). Tidak ada apa yang Paulus boleh berikan kepada Demas. Wang ringgit dia tidak ada, perempuan dia tidak ada, kekayaan dia tidak ada kedudukan dia tidak miliki. Jadi apalah yang boleh Paulus boleh berikan kepada Demas ini?

Tapi Paulus memiliki Yesus. Itulah yang Demas lupa. Tidak heran mengapa Demas meninggalkan Paulus.

Menurut 1 Yoh 2:15 “Janganlah kamu mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya. Jukalau orang mengasihi dunia, maka kasih akan Bapa tidak ada di dalam orang itu.”

Yokobus 4:4 “Hai kamu, orang-orang yang tidak setia! Tidakkah kamu tahu, bahwa persahabatan denga dunia adalah permusuhan denga Allah? Jadi barangsiap hendak menjadi sahabat dunia ini, ia menjadikan dirinya musuh Allah”

Saudara kita jangan fikir kita ini lebih baik dari Demas. Ramai kita yang juga tidak mengindahkan nasihat Yohanes dan Yakobus ini. Kalau kita mahu berlaku jujur, semua kita di sini telah sedikit sebanyak menyerap nilai-nilai dunia ini. Lihat saja cara kita bercakap, lihat sahaja cara kita berpakaian, lihat sahaja sikap dan kelakuan kita, lihat saja cara kita melayani orang lain, lihat sahaja kejujuran kita. Tidak banyak bezanya dengan orang dunia.

Ramai kita lebih banyak membuang waktu dengan perkara-perkara duniawi daripada perkara-perkara rohani. Tidak salah kalau saya katakan. Ramai kita hidup untuk diri kita sendiri. Kepentingan kita sendiri dan keuntungan diri kita sendiri. Ramai kita lebih mahu mengikut rencana hidup diri sendiri daripada mengikut rencana Tuhan. Lebih mahu melayani suara hati sendiri daripada suara Roh Kudus. Lebih mahu menurut kehendak sendiri daripada menurut kehendak Tuhan. Saudara, kalau beginilah sikap kita yang mengaku diri kita ini kristian, saya kira kita tidak lebih baik dari Demas.

Kuasa untuk memilih

Saudara kalau Demas mahu, beliau boleh memilih untuk tidak mencintai dunia yang dia sendiri tahu penuh dengan kepalsuan ini. Nah! Saudara banyak kali kita pun tahu. Tetapi kita tidak kisah. Kita tidak perduli akibatnya. Seperti Demas, kita tahu akan kebenaran. Tetapi kita tetap juga memilih apa yang boleh menguntungkan kita. Dan tidak kisah apakah musibahnya. Saudara, kita tidak bisa terjerat denga tipu muslihat iblis. Tetapi banyak kali kita yang menjeratkan diri kita sendiri.

Awas! Pilihan saudara hari ini akan menentukan hari esok saudara.

Tempat yang agung

Demas pergi ke Tesalonika. Sewaktu para pengkaji purba menggali sisa-sisa peninggalan di Tesalonika, banyak benda dan barang-barang purba yang mereka temui. Dan salah satu senarai di kota yang agung ini tertulis nama Demas. Kita tidak pasti samada itu adalah Demas yang sama. Anggapkanlah ini adalah Demas yang di tulis oleh Paulus. Demas telah meninggalkan Paulus dan pergi ke kota yang indah; Tesalonika, terletak di ats sebuah bukit dengan pemandangan laut Mediteranean. Di kota inilah Demas telah menghabiskan riwayat hidupnya. Menerap segala kemewahan dan kegemilangan dan nilai-nilai kota ini. Demas telah menjadi seorang yang berpengaruh di kota ini. Mungkin juga sudah dapat gelaran Dato’, YB dll.

Tapi bagaimanakah keadaan hidup Demas di dunia yang akan datang?

Oleh itu saudara.

Sekali lagi Awas!

Supaya saudara tidak jatuh cinta dengan dunia ini.

Saudara kenal Musa bukan?

Musa pada suatu ketika dulu menduduki tempat yang tertinggi di dalam kerajaan Mesir. Menjadi anak raja Firaun. Kaya raya, punya kuasa, punya harta, punya kedudukan, punya nama, punya glamour dan punya segala-galanya. Tapi Musa meninggalkan semuanya itu. Dan menghala ke arah rencana, kehendak dan visi ilahi.

Tapi Demas, menemuai segala kekayaan duniawi dengan glamournya sekali.

Tapi malangnya, menurut 1 Yoh 2:17 “..dunia ini sedang lenyap dengan keinginannya, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah tetap hidup selama-lamanya.”

Demas telah melabur hidupnya di tempat yang silap. Atas pilihannya sendiri.

Tapi saudara Jangan!!

Sebab tujuan cerita ini di catat adalah sebagai peringatan kepada kita supaya jangan mengulangi gaya hidup Demas ini sekali lagi. Supaya pisang jangan berbuah dua kali. Yesus juga pernah di tawarkan kegemilangan dan kekayaan dunia oleh iblis. Tapi Yesus menolak.

Kalau iblis berani memberi tawaran ini kepada Yesus. Dia juga berani menawarkannya kepada saudara. Kerana murid tidak lebih handal dari guru. Namun saudara tidak perlu menerimanya. Dan saudara punya kuasa untuk memilih.

Amen!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Hit Counter
Ticket Broker