Visit talk2sion
English Version

THANK YOU FOR VISITING TALK TO SION HOMEPAGE! I HOPE YOU ARE BLESSED AS YOU READ THE MESSAGES!

Wednesday, August 31, 2005

Gosip


Efesus 4:1-3, 25-27, 29-32

Penyakit lidah dan mulut yang paling merbahaya sekali ialah penyakit gossip @ mengumpat. Gossip boleh meruntuhkan rumah tangga, meruntuhkan gereja, meruntuhkan kerajaan dan meruntuhkan negara.Gossip boleh memecah belahkan hubungan sesama manusia. Gossip boleh merobohkan istana. Gossip boleh menjatuhkan masrtabat dan maruah.

Amsal 26:22
Gossip adalah seperti sejenis makanan yang amat sedap sehingga tidak seorang pun yang dapat menghindarinya.

Gossip ketika memperkenalkan dirinya berkata:-

“Nama saya Gossip. Saya lebih merbahaya dari racun. Saya menang sebelum berlawan. Saya menang tanpa membunuh. Saya mengoyakkan rumah tangga, menghancurkan hati, dan menjahanamkan hidup. Tidak orang saleh yang terlalu kuat untuk menakut-nakutkan saya. Tidak ada kesucian yang cukup suci yang dapat menghalau saya. Saya tidak kisah akan kebenaran, saya tidak kisah tentang keadilan. Tidak ada belaskasihan terhadap yang lemah. Manga saya adalah sebanyak butiran pasir di pantai. Dan banyak kali orang tidak sedari pekerjaan saya. Saya tidak pernah lupa dan jarang mengampuni. Tiada siapa pun yang saya takuti.”

Saudara ramai kita terlibat dalam gossip tanpa kita sedari. Baik saudara laki-laki, mahupun perempuan tidak terkecuali. Ramai yang terlibat masih juga kelihatan kudus. Masih juga kelihatan saleh dan masih juga kelihatan saleha. Saudara, cuba angkat tangan saudara, kalau saudaralah orang yang tidak pernah terlibat dalam gossip. Gossip tidak kenal tempat saudara. Di pejabat, di gereja, di rumah, di kedai kopi, di atas ranjang, di kolej, di kelas, di kafe, di mana-mana gossip boleh tembusi.

Nah! saudara, lidah yang Tuhan berikan kepada kita tidak harus di pakai untuk membinasakan. Lidah yang Tuhan berikan kepada kita tidak harus di celup dalam gossip. Saudara, ramai anak-anak Tuhan yang kudus-kudus yang kuat di dalam doa, yang aktif di dalam gereja, yang tekun di dalam firman, tapi masih juga terlibat dalam gossip.Di gereja mereka memuji Tuhan. Di gereja mereka mendengar Firman. Tetapi di luar gereja mereka mula menceritakan tentang keburukan dan kekurangan seseorang.

Saudara, kalau saudara ingin tahu gossip selalunya ingin meninggikan dirinya atas kelemahan orang lain. Gossip adalah perbuatan yang paling pengecut untuk meruntuhkan karaktor seseorang. Setengah kita memulakan gossip, setengah kita tidak gossip tetapi menggalakkan gossip dengan menjadi pendengar gossip yang baik.

I) Apa dia gossip?

Gossip ialah tindakan yang sedar dan dengan kehendak sendiri untuk menyebarkan separuh kebenaran, memori dosa-dosa silam seseorang, kelemahan, dan kegagalan seseorang.

Roma 1:28-29 Alkitab mengutuk perbuatan ini.

“Dan kerana mereka tidak merasa perlu untuk mengakui Allah, maka Allah menyerahkan mereka kepada pikiran-pikiran yang terkutuk, sehingga mereka melakukan apa yang tidak pantas: penuh dengan kelaliman, kejahatan, keserakahan dan kebusukan, penuh dengan dengki, pembunuhan, perselisihan, tipu muslihat dan kefasikan.”

Roma 1:30

“Mereka adalah pengumpat, pemfitnah, pembenci Allah, kurang ajar, congkak, sombong, pandai dalam kejahatan, tidak taat kepada orang tua……”

Nah! kebanyakan kita sudah pasti tidak pergi ke merata tempat untuk menyebarkan penipuan tentang seseorang. Kita lebih sofisticated dari itu. Kita tidak berbohong tentang seseorang, tetapi selalunya kita menceritakan separuh faktu tentang seseorang. Ia mungkin hanya memberi pendapat tentang karaktor seseorang, boleh jadi benar atau boleh jadi tidak benar. Di dalam buku “Absence of Malice.” Menceritakan tentang seorang pemberita yang sengaja mencetakkan cerita-cerita yang memudaratkan hidup orang lain. Di dalam satu interview apabila di tanya oleh seorang pemberita yang lain

“Adakah itu satu kebenaran?”

Jawabnya “Tidak—tetapi ia cerita yang tepat.”

Ada bezanya tepat dan kebenaran saudara.

Misalnya, adalah tepat untuk mengatakan, “John adalah seorang yang pendiam dan tidak ramah.”Tetapi kebenarannya mungkin kerana John adalah seorang budak yang rendah diri dan perlukan seseorang untuk menguatkannya.Mungkin juga tepat untuk mengatakan “Mary mahu bercerai. Saya dengar dia berjumpa dengan pakar jiwa.” Tetapi kebenarannya ialah Mary sudah lima tahun bertahan atas ketidak setiaan suaminya dan berulang-ulang kali menderanya.Dan kebenarannya ialah Mary bertemu dengan pakar jiwa kerana berasa bersalah apabila kawan-kawan kristiannya menyalahkannya kerana memulakan perceraian itu.Atau, mungkin tepat sekali untuk berkata kepada seseorang, “Mesej pastor tidak pernah menyentuh hati saya, dialah penkotbah yang paling teruk yang pernah saya dengar.”Tetapi kebenarannya ialah mesejnya adalah berkat bagi orang lain yang mendengar.

Nah! adalah mudah untuk menceritakan apa yang tepat tetapi tidak benar. Atau separuh benar.

Inilah yang di panggil “Gossip”. Kita memangkinkan gossip bukan saja kata-kata, tetapi juga dari pendengaran kita akan gossip.Cuba fikir sejenak tentang sesuatu perbualan saudara dengan seseorang yang bergossip.

Sementara saudara berfikir tanya diri saudara beberapa soalan ini:-

1) Adakah saya percaya tentang lapuran kejahatan ini?
2) Adakah pandangan saya terhadap orang yang di katakan itu berubah?
3) Adakah saya menjauhkan diri dari orang itu?
4) Yang paling penting ialah, adakah saya pula menyebarkan cerita ini kepada orang lain.

Kalau jawapan saudara adalah “YA” kepada salah satu dari soalan-soalan ini, ketahuilah bahwa saudara sudah terperangkap dalam perangkap gossip.

II) Mengapakah ia satu dosa?

Biar saya tunjukkan kepada saudara lima sebab mengapa Alkitab mengutuk perbuatan ini.

1) Pertama, ia mencemarkan persepsi kita tentang orang yang di perkatakan itu.
Seperti virus, apabila ia sudah mencemarkan pikiran kita, kita tidak pernah akan mempunyai pikiran yang sama lagi terhadap orang itu.

Amsal 18: 8 “Perkataan pemfitnah seperti sedap-sedapan, yang masuk ke lubuk hati.”

2) Kedua, ia menyemarakkan keangkuhan @ kecongkakkan kita.
(lihat Mazmur 59:13) Kerana itulah Paulus di dalam teks kita pada hari ini menekankan “Hendaklah kamu selalu rendah hati …..” (Efesus 4:2)

Setengah kita suka menerima khabar-khabar angin kerana kita bangga menjadi “orang yang tahu” dan punya “scoop” juga dalam cerita itu.
Tetapi apa kata Alkitab terhadap orang seperti ini?

Amsal 17:4 “Orang yang berbuat jahat memperhatikan bibir jahat, seorang pendusta memberi telinga kepada lidah yang mencelakakan.”

Sesetengah kita suka mendengar atau suka bergossip kerana ia membuat kita berasa kita lebih baik @ hebat dari mangsa yang di perkatakan itu.

Mendengar kelemahan, kecelekaan, dan masalah seseorang memberi kita kesempati untuk bersimpati, tetapi dalam masa yang ia mengejangkan keangkuhan kita.

Di dalam Amsal 8:13

Allah berfirman “…..Aku benci kepada kesombongan, kecongkakan, tingkah laku yang jahat, dan mulut yang penuh tipu muslihat.”

Jadi, gossip adalah dosa kerana ia mencemarkan persepsi kita; dan menyemarakkan keangkuhan kita.

3) Ketiga, ia meletakkan kita menjadi hakim, sedangkan hanya Allah seorang saja yang tahu kebenaran dan menghakimi dengan tepat.

4) Keempat, gossip adalah simptomatic dari dosa kemarahan. Bila kita dilukai atau dimarahi oleh seseorang, tindakkan semulajadi kita ialah melukai dan memarahi kembali.

Dan kalau kita tidak membawa perkara ini di dalam doa. Dan membiarkan kemarahan ini berlarutan, ia akan berubah menjadi dendam. Selalunya kita akan mula menceritakan kepada orang lain betapa teruknya orang itu.

Baca Efesus 4:26, 29, 31

5) Kelima, ia merbahaya kerana ia menjadikan kita “collaborators” alat kepada skim Setan yang dipanggil “Pecah dan Tawan”.

Paulus berkata (Baca 2 Kor 2: 10-11)

Malangnya kita tidak sedara Skim si Jahat untuk memecah belahkan, menawan dan mebinasakan hubungan sesama ahli keluarga, sahabat, dan saudara seiman.

Iblis bersukacita melihat kita mengasingkan diri dari satu sama lain oleh kerana ketidak percayaan atau dendam dan kemarahan yang belum diselesaikan.

Efesus 4:3 Paulus berkata; “Berusahalah memelihara kesatuan Roh oleh ikatan damai sejahtera.”

III) Kalaulah ia begitu merbahaya dan berdosa, mengapakah kita harus mendengar lapuran kejahatan dan khabar-khabar angin sewenang-wenangnya?

Rawatan yang paling mustajab @ mujarab ialah mencegah. Kita dan mengelak khabar-khabar angin dengan mengambil perhatian terhadap orang-orang yang suka menyebarkannya.

Kita dapat rasa apabila satu perkataan gossip menghala kepada kita.

Seseorang itu akan memulakannya dengan meminta pendapat kita “Apa yang kamu fikir tentang Peter?”

Atau seorang pengumpat itu akan memulakannya dengan melontar nagetif komen tentang seseorang. Nah! kalau saudara sambut-----ini dia cerita yang terperinci!! Kadangkala gossip bermula dengan topeng keperihatinan. Seseorang itu akan mula berkata “Saya sangat risau tentang si John tu.” Kita akan membalas, “Oh? Kenapa?” Nah! awas gossip akan bemula.

Amen.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Hit Counter
Ticket Broker