Visit talk2sion
English Version

THANK YOU FOR VISITING TALK TO SION HOMEPAGE! I HOPE YOU ARE BLESSED AS YOU READ THE MESSAGES!

Friday, September 16, 2005

Di manakah berkat-berkat Mu Ya Allah


Pernahkah saudara mengalami satu keadaan di mana, semua yang saudara kerjakan dan usahakan tidak berhasil?
Saudara bekerja bertungkus lumus, tapi hasilnya sedikit. Kadangkala tiada hasil langsung. Saudara berbanting tulang, belajar sampai biji mata terkeluar, tapi tetap juga gagal. Tetap juga tidak mendapat keputusan yang memuaskan. Assignment pun terbengkalai, masa menjadi singkat, kerja menjadi banyak, otak menjadi beku...fikiran menjadi melayang. Semua yang saudara lakukan tidak kena. Semua yang saudara buat tidak menjadi. Lalu saudara bersungut “Di manakah berkat-berkatMu ya Allah?”

Lihat Hagai 1:2-11

1:1. Pada tahun yang kedua zaman raja Darius, dalam bulan yang keenam, pada hari pertama bulan itu, datanglah firman TUHAN dengan perantaraan nabi Hagai kepada Zerubabel bin Sealtiel, bupati Yehuda, dan kepada Yosua bin Yozadak, imam besar, bunyinya: 1:2 "Beginilah firman TUHAN semesta alam: Bangsa ini berkata: Sekarang belum tiba waktunya untuk membangun kembali rumah TUHAN!" 1:3 Maka datanglah firman TUHAN dengan perantaraan nabi Hagai, bunyinya: 1:4 "Apakah sudah tiba waktunya bagi kamu untuk mendiami rumah-rumahmu yang dipapani dengan baik, sedang Rumah ini tetap menjadi reruntuhan? 1:5 Oleh sebab itu, beginilah firman TUHAN semesta alam: Perhatikanlah keadaanmu! 1:6 Kamu menabur banyak, tetapi membawa pulang hasil sedikit; kamu makan, tetapi tidak sampai kenyang; kamu minum, tetapi tidak sampai puas; kamu berpakaian, tetapi badanmu tidak sampai panas; dan orang yang bekerja untuk upah, ia bekerja untuk upah yang ditaruh dalam pundi-pundi yang berlobang! 1:7 Beginilah firman TUHAN semesta alam: Perhatikanlah keadaanmu! 1:8 Jadi naiklah ke gunung, bawalah kayu dan bangunlah Rumah itu; maka Aku akan berkenan kepadanya dan akan menyatakan kemuliaan-Ku di situ, firman TUHAN. 1:9 Kamu mengharapkan banyak, tetapi hasilnya sedikit, dan ketika kamu membawanya ke rumah, Aku menghembuskannya. Oleh karena apa? demikianlah firman TUHAN semesta alam. Oleh karena rumah-Ku yang tetap menjadi reruntuhan, sedang kamu masing-masing sibuk dengan urusan rumahnya sendiri. 1:10 Itulah sebabnya langit menahan embunnya dan bumi menahan hasilnya, 1:11 dan Aku memanggil kekeringan datang ke atas negeri, ke atas gunung-gunung, ke atas gandum, ke atas anggur, ke atas minyak, ke atas segala yang dihasilkan tanah, ke atas manusia dan hewan dan ke atas segala hasil usaha."

Allah berfirman, “Rumah mu kelihatan baik, tetapi bagaimana pula rumahKu?”

Dari tek yang kita baca tadi, kita dapat lihat bahwa, Umat Allah zaman Hagai, lebih mengutamakan kepentingan diri mereka sendiri dan rumah mereka sendiri daripada Bait Suci Allah yang telah runtuh itu. Rumah mereka sudah di jadikan indah, cantik dan serba lengkap, namun Rumah Allah di biarkan @ diabaikan begitu saja. Sewaktu Hagai menulis bukunya, enam belas tahun sudah berlalu sejak mereka memulakan projek pembinaan semula Rumah Allah. Mereka hanya mendirikan dasar, lepas tu projek itu di biarkan terbengkalai begitu saja. Wang yang mereka perolehi di Babel dulu, mereka gunakan untuk membina rumah mereka sendiri dan dengan perkara yang tidak ada nilai nilai rohani. Mereka punya alasan. Kononnya belum masanya. MASA? Sudah 16 tahun lamanya mereka tidak melakukan apa-apa untuk membina semula Rumah Allah.

Sebenarnya, Bait Suci Allah ini sudah menjadi reruntuhan selama 70 tahun lamanya. Mungkin juga mereka ada alasan lain:-

· Allah mahu kami menjaga keluarga kami lebih dulu bukankah begitu?

· Project itu terlalu besar, tidak mungkin kami dapat menghabiskannya.

· Bukan salah kami, dan bukan kerja kami.

· Orang lain akan melakukannya jika kami tidak.

· Lagi pun kami tidak memerlukan Bait Suci.

· Masanya kurang tepat.

· Sibuk!

Bukankah semua ini biasa didengar?

Lalu Allah berfirman: “ Hagai 1:6 Kamu menabur banyak, tetapi membawa pulang hasil sedikit; kamu makan, tetapi tidak sampai kenyang; kamu minum, tetapi tidak sampai puas; kamu berpakaian, tetapi badanmu tidak sampai panas; dan rang yang bekerja untuk upah, ia bekerja untuk upah yang ditaruh dalam pundi-pundi yang berlobang! 1:7 Beginilah firman TUHAN semesta alam: Perhatikanlah keadaanmu!”

Umat Allah zaman Hagai mahu melihat Bait Suci Allah di dirikan, namun mereka tidak mempunyai komitmen. Mereka memulakannnya dengan penuh semangat, ketika baru sampai dari Babel. Namun apabila tantangan dan halangan mendatang... mereka terus saja mengabaikannya, dan akhirnya mengubah fokus mereka kepada pembinaan rumah mereka sendiri.

Nah! Saudara, kalau kita mulai mengalami kegagalan demi kegagalan, sehingga apa pun yang kita lakukan tidak berhasil... semua yang kita kerjakan tidak membawa keuntungan, semua rancangan dan usaha kita gagal... banyak yang kita labur tetapi sedikit yang kita perolehi, banyak yang kita kerjakan, tetapi hasilnya tidak seberapa....semuanya menjadi sia-sia...

Saya kira, ada perlunya kita mulai berhenti dan mencari wajah Allah... dan memeriksa di mana bahagian hidup kita ini yang tidak berkenan dan yang tidak beres di mataNya, sehingga segala berkat yang seharusnya kita terima terhalang daripada masuk ke dalam rumah kita.

Ramai Kristian memang sangat hebat, pada permulaan kehidupan rohani mereka... mereka memulakannya dengan cemerlang... namun tidak mampu meneruskannya dengan cemerlang. Mengapakah ini terjadi saudara?

Semua ini terjadi kerana hilang FOKUS!! Kalau dulu fokus mereka hanyalah kepada Allah, tetapi kini, fokus mereka ialah kepada kepentingan-kepentingan diri sendiri. Awas!! Saudara supaya ini tidak terjadi pada saudara. Di samping saudara mengejar cita-cita dan impian saudara. Pesanan Pengkotbah 12:1. Ingatlah akan Penciptamu pada masa mudamu, sebelum tiba hari-hari yang malang dan mendekat tahun-tahun yang kaukatakan: "Tak ada kesenangan bagiku di dalamnya!",

Kita sudah belajar dari umat Allah zaman Hagai....

Dan kalau saudara terus membaca Alkitab saudara, ada banyak lagi contoh-contoh di dalam Alkitab, yang memang di tulis untuk peringatan kita, supaya ia tidak berulang lagi.

Contoh-contoh yang lain:

Yudas

Yudas di panggil menjadi Rasul – Tapi malangnya kerana mulai melihat kepentingan dirinya sendiri – beliau berubah menjadi PENGHIANAT.

Akibatnya? Mati gantung diri, dan tali-tali perutnya tercurah apabila tali gantungnya putus.

Raja Saul

Saul di panggil menjadi Raja yang pertama umat Israil... namun kerana akhirnya mulai mengutamakan kepentingan kedudukannya – Kerajaannya koyak. Dan Daud mengantikan tempatnya.

Saudara, apabila kita mulai menumpukan perhatian kita kepada kepentingan-kepentingan peribadi kita, itulah langkah pertama mengarah kepada kegagalan hidup.

Anak-anak Eli

Diurapi menjadi imam, namun mensia-siakan kedudukan mereka dan menghina kekudusan Allah di Bait SuciNya.

Akibatnya, mereka mati!!

Lihat Apa kata Yesus di dalam Yohanes1 5:5 "Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa".

Rahsia kecemerlangan rohani ialah tinggal di dalam Kristus. Pada saat kita mulai lari dari Nya, pada saat itulah segala macam kegagalan mulai mengetuk pintu kita.

Lihat apa yang terjadi pada umat Israil zaman Hagai. Segala pekerjaan mereka menjadi tidak berhasil kerana mereka sudah mulai mengutamakan kepentingan-kepentingan diri sendiri.

Tidak meneruskan pembinaan semula Bait Allah bererti apa?

Pada awalnya apabila Bait Suci Allah ini di bina, ia adalah tempat di mana Allah bersemayam. Ia melambangkan Kehadiran Allah itu sendiri. Tetapi apabila umat Allah Zaman Hagai ini, tidak mahu meneruskan pembinaan semula bait suci ini... Mereka seperti berkata;

Kami tidak memerlukan Allah lagi.

Kami tidak memerlukan HadiratNya lagi.

Kami boleh hidup tanpa Allah.

Kami boleh hidup dengan tulang empat kerat kami.

Kami boleh hidup tanpa hadirat dan penyertaanNya.

Kami boleh bekerja dan berhasil sendiri.

Kami tidak perlu berkat-berkat dariNya.

Kami tidak perlu ada ALLAH.

Kami tidak perlu hidup menurut hukum hakam Taurat Musa.

Ternyata mereka salah saudara!!

Saudara lihat hidup Yusuf, betapa hidupnya di berkati. Pekerjaan tangannya menjadi begitu berhasil. Semua orang sayangkan dia. Segala macam pencobaan dan rintangan dalam hidupnya dapat di hadapinya. Walau pun di buang dan dibenci oleh saudara saudaranya, namun akhirnya Yusuf tetap juga menjadi seorang yang sangat berhasil... menjadi Gobenor @ PM Mesir.

Mengapa? Kerana Allah menyertainya.

Kita perlukan penyertaan Allah di dalam kehidupan kita saudara. Kita perlukan hadiratNya. Kita perlukan Allah.

Cerita babi dan ayam

Kononnya adalah seekor ayam dan seekor babi sedang berjalan-jalan di dalam bandar. Lalu terjumpalah mereka semua restoran yang mengiklankan “Telur dan Daging” di perlukan. Lalu babi itu pun berpaling kepada ayam itu dan berkata “Engkau senanglah ayam, engkau hanya perlu berikan telur kau, tapi aku perlu berikan nyawa ku.”

Banyak kali menyahut panggilan Tuhan melibatkan seluruh hidup kita, malah nyawa kita... inilah yang di panggil “Komitmen” saudara. Bukan hanya mengikut Tuhan pada waktu senang sahaja, tetapi waktu susah juga, malah sampai selama-lamanya.

Namun puji Tuhan, kerana Mesej Hagai tidak sampai ke telinga yang tuli..

Pada akhir Bab 1 dan awal Bab 2

Hagai 1:12-15 . Lalu Zerubabel bin Sealtiel dan Yosua bin Yozadak, imam besar, dan selebihnya dari bangsa itu mendengarkan suara TUHAN, Allah mereka, dan juga perkataan nabi Hagai, sesuai dengan apa yang disuruhkan kepadanya oleh TUHAN, Allah mereka; lalu takutlah bangsa itu kepada TUHAN. 1:13 Maka berkatalah Hagai, utusan TUHAN itu, menurut pesan TUHAN kepada bangsa itu, demikian: "Aku ini menyertai kamu, demikianlah firman TUHAN." 1:14 TUHAN menggerakkan semangat Zerubabel bin Sealtiel, bupati Yehuda, dan semangat Yosua bin Yozadak, imam besar, dan semangat selebihnya dari bangsa itu, maka datanglah mereka, lalu melakukan pekerjaan pembangunan rumah TUHAN semesta alam, Allah mereka, 1:15 (2-1a) pada hari yang kedua puluh empat dalam bulan yang keenam. (2-1b) Pada tahun yang kedua zaman raja Darius,

Hagai 2:1-5 . (2-2) dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal dua puluh satu bulan itu, datanglah firman TUHAN dengan perantaraan nabi Hagai, bunyinya: 2:2 (2-3) "Katakanlah kepada Zerubabel bin Sealtiel, bupati Yehuda, dan kepada Yosua bin Yozadak, imam besar, dan kepada selebihnya dari bangsa itu, demikian: 2:3 (2-4) Masih adakah di antara kamu yang telah melihat Rumah ini dalam kemegahannya semula? Dan bagaimanakah kamu lihat keadaannya sekarang? Bukankah keadaannya di matamu seperti tidak ada artinya? 2:4 (2-5) Tetapi sekarang, kuatkanlah hatimu, hai Zerubabel, demikianlah firman TUHAN; kuatkanlah hatimu, hai Yosua bin Yozadak, imam besar; kuatkanlah hatimu, hai segala rakyat negeri, demikianlah firman TUHAN; bekerjalah, sebab Aku ini menyertai kamu, demikianlah firman TUHAN semesta alam, 2:5 (2-6) sesuai dengan janji yang telah Kuikat dengan kamu pada waktu kamu keluar dari Mesir. Dan Roh-Ku tetap tinggal di tengah-tengahmu. Janganlah takut!

Zarubabel yang menjadi gabenor ketika itu, juga Yosua, imam besar waktu itu mendengar suara Allah dan perkataan Hagai... lalu bangkit dan menyemarak semangat seluruh bangsa Israil sehingga mereka menjadi takut akan Allah. Mereka memula kembali di mana mereka telah berhenti 16 tahun yang lalu. Dan terus membina semula Bait Suci Allah sampai siap.

Allah mulai menyertai UmatNya kembali...FirmanNya (Hagai 1:13) "Aku ini menyertai kamu, demikianlah firman TUHAN."

Satu U turn yang besar bagi bangsa ini. Mereka kembali kepada Allah. Apabila umatNya pantas mendengar FirmanNya, Allah juga akan menjadi pantas mendengar doa-doa kita. Dan berkat-berkat Allah akan mengalir lagi.

Kesempulan

Berkat-berkat Allah tidak terhenti selamanya...

Kalau saudara dan saya mahu kembali... Allah juga mau memberkati.

Amen!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Hit Counter
Ticket Broker