Visit talk2sion
English Version

TH

Thursday, May 04, 2006

Barangsiapa Menyambut Seorang Anak Seperti ini...


"Barangsiapa menyambut seorang anak seperti ini dalam nama-Ku, ia menyambut Aku. Dan barangsiapa menyambut Aku, bukan Aku yang disambutnya, tetapi Dia yang mengutus Aku." - Markus 9:37

Sesetengah orang kira, Tuhan itu hanya sebagai Tuhan yang membelah lautan, Tuhan yang membangkitkan orang mati. Ya itu sudah pasti sebahagian daripada ciri-ciri yang ada pada Tuhan. Namun Tuhan juga menyatakan dirinya sebagai seorang bayi kecil yang lahir di Bethlehem dua ribu tahun yang lalu. Lain kali, sekiranya anda menggendong seorang bayi kecil, bayangkan juga Dia sebagai pencipta segala apa yang ada di muka bumi ini menangis kerana lapar dan kesejukkan.

Tuhan boleh saja datang ke bumi sebagai seorang yang dewasa yang punya kuasa yang luarbiasa sebagai seorang pahlawan. Namun, Tuhan memilih untuk memulakan kehidupanNya di muka bumi ini sebagai seorang bayi kecil. Dia tahu dari pengalamanNya sendiri bagaimana kehidupan seorang kanak-kanak. Tidak hairanlah mengapa di dalam Alkitab banyak menceritakan tentang betapa Dia menyayangi kanak-kanak. Dia mengerti kesusahan yang di alami mereka.

Salah satu cara untuk menyenangkan hati Bapa Syurgawi ialah dengan menunjukkan kasih kepada anak-anakNya, tanpa mengira bangsa, saiz, kedudukan mahupun darjat, sempurna atau mereka yang cacat. Sukar untuk kanak-kanak mempercayai bahwa Tuhan mengasihi mereka, kalau sekiranya sebagai orang dewasa kita tidak menunjukkan kasih Bapa terhadap mereka.

Lain kali apabila anda melihat seorang anak kecil, jangan lupa menyalurkan kasih Bapa dan menunjukkan kebaikanNya terhadap mereka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Hit Counter
Ticket Broker