Tanda-Tanda Kejatuhan

Hampir setiap hari kita mendengar berita dari media tentang seorang warganegara yang baik namun terjerumus dalam berbagai masaalah. Betapa sedihnya melihat orang seperti ini kehilangan pekerjaan, meninggalkan keluarga, dan jatuh. Begitu juga jika seorang yang dahulunya dihormati dan disegani namun sekarang tidak di pandang lagi. Ia bertambah sedih lagi jika seseorang yang mulai terjunam jatuh itu tidak menyedari apa yang berlaku atas diri mereka. Mereka tidak melakukan pekerjaan mereka dengan baik. Mereka juga tidak ambil kisah dengan perwatakan dan penampilan mereka lagi. Menjadi lalai dalam pembayaran bil-bil. Atau mungkin menjadi panas baran; perkataan yang keluar dari mulut mereka pun banyak yang kotor dan melukakan berbanding dengan yang baik dan yang membina; mereka juga sudah tidak begitu ambil perduli dengan orang-orang yang mereka kasihi. Teman-teman mereka menggelengkan kepala terkejut atas apa yang terjadi. Ada yang mungkin menawarkan nasihat dan pertolongan, namun tidak dihiraukannya.
Ya, kejatuhan seperti ini sudah pasti sangat menyakitkan hati apabila kita melihatnya, namun ia lebih sedih lagi apabila hal seperti ini mulai terjadi di alam rohani. Maaf, kerana ini terlalu sering terjadi. Orang-orang percaya perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, mulai hanyut jauh dari persekutuan mereka dengan Tuhan. Sedikit demi sedikit mereka menyerah kepada diri dan Setan. Terang iman yang suatu ketika dulu begitu bersinar kini sudah menjadi malap dan bertambah padam, dan mereka mulai menjauhkan diri dari Tuhan dan gereja.
Saudara, jika apa yang dibicarakan ini terjadi pada diri anda atau salah seorang yang saudara kasihi, maka siri mesej ini adalah untuk anda. Pertama: Mesej ini akan menunjuk kepada anda samada anda telah mulai jatuh dan jika ya, Kedua: mendorong anda untuk kembali ke pangkuan Bapa. Di dalam bab yang pertama ini, kita akan berfikir bersama tentang lima tanda mereka yang telah mulai jatuh.
1. Mereka tidak berminat lagi dengan persekutuan Kristian.
2. Mereka tidak punya kerinduan untuk ke gereja.
3. Mereka tidak punya saat teduh (devosi) peribadi maupun dengan keluarga.
4. Mereka tidak punya beban untuk orang lain.
5. Mereka tidak peka terhadap hal-hal rohani.
Mari kita bahaskan lebih lanjut tanda-tanda ini satu persatu. Tanda pertama seorang yang percaya itu harus kembali ialah;
Mereka Tidak Berminat Lagi Dengan Persekutuan Kristian
Apakah diskripsi ini berpadanan dengan anda? Anda dahulunya begitu senang bersama dengan saudara seiman yang lain. Anda sebenarnya mengalu-alukan peluang untuk membincangkan hal-hal rohani, berbicara tentang kesaksian-kesaksian Kristian, dan berdoa untuk orang lain. Anda memilih sahabat anda di kalangan orang-orang percaya, dan anda tidak punya masalah untuk mengenal pasti mereka. Namun kini semuanya telah berubah. Anda tidak berminat lagi bergaul dengan orang-orang Kristian, terutamanya mereka yang komited. Setiap kali topik tentang Tuhan dan Alkitab dibicarakan, anda berasa tidak selesa. Anda mulai mencari kesalahan teman-teman anda, dan menuduh mereka menjadi munafik. Anda menghabiskan lebih banyak waktu dengan orang-orang yang tidak percaya, dan melakukan hal-hal yang dahulunya anda tidak pernah mahu lakukan.
Jika ini menggambarkan tentang diri anda, maka anda perlukan pemulihan rohani. Ada sesuatu yang tidak kena, dan anda pun tahu hal ini. Jauh di lubuk hati anda, anda berasa sangat teruk. Sebagai orang yang telah jatuh anda kehilangan sukacita dan kecewa.
Sebab anda berasa demikian ialah kerana anda hidup melawan manusia baru anda di dalam Kristus. Pada saat anda menerima Yesus, anda telah menjadi manusia baru, dan yang lama telah berlalu. Anda dilahirkan semula menjadi ahli keluarga Tuhan. Tapi sekarang kelakuan anda tidak berpadanan dengan identiti baru sebagai anakNya. Anda membuang banyak waktu bersama dengan mereka-mereka yang punya pandangan yang sangat berbeza tentang kehidupan. Anda perlu kembali kepangkuan Bapa.
Penulis Mazmur menunjukkan hal ini di dalam Mazmur 1 dengan berkata “Berbahagialah” orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang fasik, yang tidak berdiri di jalan orang berdosa, dan yang tidak duduk dalam kumpulan pencemooh, tetapi yang kesukaannya ialah Taurat TUHAN, dan yang merenungkan Taurat itu siang dan malam. (Mazmur 1:1-2).
Saya mendorong anda untuk membina persahabatan anda dengan mereka-mereka yang mengenali dan mencintai Tuhan. Jadikan mereka sahabat anda. Berkenalanlah dengan mereka-mereka yang rindu untuk melakukan kehendak Tuhan. Apabila anda melakukan ini, anda telah mengambil langkah raksasa yang besar untuk pulang, dan menikmati sukacita dan damai sejahtera rohani sekali lagi.
Tanda kedua yang sering dapat di lihat di dalam diri mereka yang jatuh ialah:
Mereka Tidak Punya Kerinduan Untuk Pergi Ke Gereja
Banyak kali apabila seorang Kristian itu tidak mahu bersekutu dengan saudara-saudara seiman yang lain, mereka ini perlukan pemulihan rohani. ( Anda mengerti, maksud saya ialah mereka yang mampu @ berupaya untuk hadir namun mengelakkan diri daripada hadir ke dalam perkesutuan @ pertemuan-pertemuan rohani). Penulis Ibrani menulis: 10:24 Dan marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik. 10:25 Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat (Ibrani 10: 24-25).
Setiap orang yang percaya yang berupaya secara jasmani harus pergi ke gereja. Sewaktu saudara-saudara seiman yang lain berkumpul untuk beribadah kepada Tuhan, kita tidak seharusnya berada di dalam perahu sambil memancing ikan, atau bermain golf, atau bersantai di rumah. Jika mereka lalai untuk pergi ke gereja maka mereka ini perlukan cari jalan pulang.
Kita di beritahu bahawa orang-orang percaya gereja awal mereka “bertekun” dalam pengajaran rasul-rasul dan dalam persekutuan. Dan mereka selalu berkumpul untuk memecahkan roti dan berdoa ( Kisah 2:42). Lihat juga Kisah 2:46-47 mengatakan: Dengan bertekun dan dengan sehati mereka berkumpul tiap-tiap hari dalam Bait Allah. Mereka memecahkan roti di rumah masing-masing secara bergilir dan makan bersama-sama dengan gembira dan dengan tulus hati, 2:47 sambil memuji Allah. Dan mereka disukai semua orang. Dan tiap-tiap hari Tuhan menambah jumlah mereka dengan orang yang diselamatkan.
Saya lihat di dalam masyarakat kita, amat mudah sekali untuk mengabaikan gereja. Bersiar-siar pada hujung minggu, cuti-cuti, aktiviti-aktiviti luar sering menjadi saingan kita untuk pergi ke gereja. Lagi pula ramai yang berkata, “ Ah kita ini tidak lagi hidup menurut Hukum. Makanya tidak wajib untuk kita memelihara peraturan-peraturan sabat. Janganlah kita ini menjadi serba berperaturan.”
Tapi hakikatnya kelalaian kita untuk tidak berkumpul dengan saudara-saudara seiman yang lain untuk beribadah, mendengar penyampaian Firman, dan bersekutu, ialah kita telah kehilangan berkat, yang telah di sediakan Tuhan untuk pertumbuhan rohani kita. Ingat anda tidak bisa menghantar wakil untuk pergi ke gereja bagi pihak anda. Saya ingin mendorong anda supaya mulai pergi ke gereja secepat mungkin. Ikutilah persekutuan Kristian di dalam puji dan sembah. Bersatulah dengan mereka di dalam persekutuan doa. Tumpuhkan sepenuh perhatian setiap kali Firman Tuhan di khotbahkan. Apabila anda dengan setia melakukan semuanya ini, tidak lama lagi anda akan menikmati semula persekutuan yang intim dengan Tuhan.
Tanda yang ketiga ialah:
Mereka tidak punya saat teduh (devosi) peribadi maupun dengan keluarga
Kita bukan hanya kehilangan berkat yang istimewa bila kita tidak ingin bersekutu dengan saudara-saudara seiman yang lain untuk beribadah bersama, mendengar firman Tuhan, kita juga kalah kalau sekiranya kita gagal memperuntukkan waktu untuk bersekutu dengan Bapa di Syurga. Yesus sendiri telah menunjukkan kepada kita betapa pentingnya memperuntukkan waktu untuk bersendirian dan bersekutu dengan Tuhan. Sewaktu Dia berapa di bumi, Dia sentiasa mempunyai waktu untuk berdoa di tempat yang tersembunyi. Kita harus mengikuti contohNya. Yesus memberitahu murid-muridNya:
“Tetapi jika engkau berdoa, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu” ( Matius 6:6).
Selain dari devosi peribadi, devosi keluarga juga penting. Kita harus mendidik anak-anak kita “di dalam ajaran dan nasihat Tuhan” (Efesus 6:4). Jika anda mengabaikan pembacaan Firman untuk mereka, jika anda gagal mengajar mereka untuk hidup kudus, dan jia anda gagal berdoa untuk mereka, anda telah tidak taat kepada perintah Tuhan terhadap ibu bapa. Oh saya tahu bahwa kadangkala sukar sekali meluangkan waktu untuk devosi peribadi, apa lagi untuk membawa seisi rumah bersama. Masing-masing sibuk, setiap orang punya hala tuju sendiri. Namun sekiranya anda berlaku jujur, anda akan mengaku bahwa jika anda benar-benar mencari waktu anda pasti akan mendapatnya. Berkat-berkat yang diterima untuk anda dan keluarga anda sudah pasti berbaloi dengan usaha anda. Anda akan menjadi lebih rapat sebagai satu keluarga, dan anda juga sudah pasti akan mengalami sukacita pemulihan dari anugerah Tuhan.
Ini membawa kita kepada tanda keempat orang-orang Kristian yang telah jatuh.
Mereka tidak punya beban untuk orang lain
Selalunya seorang Kristian yang telah jatuh tidak begitu mengambil berat akan keperluan rohani saudara-saudaranya. Ya, salah satu tanda awal kejatuhan ialah kegagalan kita mengongsikan Injil Kristus kepada dunia fana ini. Seorang Kristian yang baru selalunya mempunyai semangat yang cukup tinggi memberitahu setiap orang tentang Yesus Kristus dan Keselamatan. Mereka mengambil setiap kesempatan yang ada untuk bersaksi, dan mata mereka bersinar-sinar sewaktu mereka mengongsikan kesaksian hidup mereka. Namun akhirnya mereka menjadi suam-suam kuku. Mereka kehilangan kasih yang semula. Mereka tidak lagi punya beban untuk jiwa-jiwa yang hilang. Keghairahan untuk bersaksi sudah tidak ada lagi. Semarak rasa syukur mereka terhadap Tuhan sudah padam.
Tanda kelima ialah:
Mereka tidak peka terhadap hal-hal rohani
Ketajaman komitmen mereka terhadap Kristus dan ketaatan terhadap firmanNya telah menjadi tumpul. Mereka tidak lagi perduli akan kehendak Tuhan. Selalunya ini dapat di lihat dengan jelas dari sikap mereka terhadap dosa. Seorang Kristian yang taat anda lihat selalunya rasa muak terhadap segala bentuk kejahatan. Hidup di dalam persekutuan yang intim, mereka sedih dengan dosa mereka sendiri dan juga dosa orang lain. Lain pula dengan mereka yang telah jatuh, hati kecil mereka telah menjadi batu.
Mereka begitu cepat kembali kepada kehidupan lama mereka. Hampir tidak masuk di akal perkara seperti ini bisa terjadi, sikap mereka berubah. Mereka mengerjakan hal-hal yang bertentangan dengan kehendak Tuhan. Mencari alasan untuk sikap mereka, mereka membenarkan perbuatan-perbuatan yang mereka sendiri tahu yang mereka tidak harus lakukan. Mereka tidak lagi berdukacita terhadap dosa-dosa yang dilakukan oleh orang lain. Mereka tidak ingin merelakan diri mereka kepada kuasa Tuhan untuk mengubah mereka dan membawa mereka menuju kemenangan.
Saudara, jika diskripsi ini sama seperti anda, anda sebenarnya telah jatuh. Anda memerlukan kesedaran akan dosa yang baru dan membenci segala bentuk kejahatan. Penderitaan Kristus di Gethsemane dan di atas kayu Salib Kalvari adalah kerana dosa – dosa anda dan saya. Dosalah yang membawa segala bentuk penderitaan dan kesedihan di muka bumi ini. Tidak seharusnya seorang Kristian hidup di dalam dosa lagi.
Biar saya rumuskan dengan meminta anda menguji hubungan peribadi anda dengan Tuhan. Anda boleh mulakan dengan melihat lima tanda kejatuhan yang telah kita bahaskan tadi.
1. Tidak berminat lagi dengan persekutuan Kristian.
2. Tidak punya kerinduan untuk ke gereja.
3. Tidak punya saat teduh (devosi) peribadi maupun dengan keluarga.
4. Tidak punya beban untuk orang lain.
5. Tidak peka terhadap hal-hal rohani.
Adakah sanggup berlaku jujur dengan berkata: “Ya, saya telah jatuh! Saya perlu di benarkan dengan Tuhan. Saya perlu kembali.” Sekiranya beginilah keadaan anda, berubahlah, dan berubahlah sekarang!
Langkah pertama yang anda harus lakukan ialah akui dosa anda di hadapan Tuhan. Yohanes 1:9 memberi kepastian kepada kita:
Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan.
Kemudian, terimalah pengampunan Tuhan, sangkal semua perbuatan jahat anda. Carilah persekutuan dengan orang-orang yang percaya. Pergi ke gereja. Bina persekutuan yang intim dengan Tuhan melalui devosi peribadi dan devosi keluarga. Bersaksilah tentang kasih karuniaNya. Sementara anda melakukan semua ini, ada akan dapati kehidupan Kristian adalah teramat indah.
1 Comments:
TQ Bro Pierre..hahaha..menag semua betul tu....
Sungguh refreshing khutbah kamu ini...
Ian
Post a Comment
<< Home