Visit talk2sion
English Version

TH

Saturday, April 22, 2006

Bahawasanya Aku, Tuhan tidak berubah!


“Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah…- Maleakhi 3:6

Salah satu kebenaran Tuhan yang paling luarbiasa ialah, Dia menemui kita di dalam kepenuhan peribadiNya di dalam setiap detik doa kita. Dia menyatakan diriNya kepada kita sebagai Aku, yang selalu punya waktu dan selalu hadir apabila kita berseruh kepadaNya. Dia menyatakan dirinya dengan sepenuhnya di dalam kehidupan harian kita. Di mana kita berada, apa pun juah yang kita sedang lakukan, dan dalam keadaan apa sekali pun diri kita hari ini, Dia ada di sana.

Dia tidak menyatakan hanya sebahagian tentang diriNya… kemuliaanNya, kuasa, hikmat maupun kasihNya. Kita sungguh istimewa kerana dapat menemuiNya di dalam kepenuhan peribadiNya. Berdiam di dalam hadiratNya, dalam sikap kerendahan hati, memerlukan dan merinduiNya sudah cukup untuk mengundang lawatanNya.

Apa yang utama sewaktu kita berada di dalam hadiratNya, bukanlah apa yang kita telah lakukan untukNya. Mahupun besar manakah kesalahan yang kita telah lakukan. Melainkan siapa kita bagiNya. Kita adalah anak-anak kesayanganNya. Dia mengasihi setiap kita dan menerima kita seadanya. Walaupun kita ini bukanlah seorang ‘superstar’ di dunia ini, namun bagi Bapa, kita adalah ‘superstar’ di hatiNya. Apa pun Dia sanggup lakukan untuk kita, kalau itu memang mendatangkan kebaikan untuk kita. Dan Dia tahu persis, apa yang TERBAIK untuk kita. Makanya kalau pun Dia menolak permohonan kita, itu adalah kerana Dia tahu apa yang TERBAIK untuk kita.

Tuhan mahu menyatakan diriNya kepada anda. Pejamkan mata anda dan bukalah hati anda. Luahkanlah seluruh yang terselubung di dalam jiwa anda sesuka hati. Jangan perlu difikir apa yang harus diucapkan. Tenangkan diri anda biarkan Dia terus menjamah dan melayani anda dengan istimewa pada saat ini. Dia menungguh anda.

Dia tetap sama, dulu, sekarang sampai selamanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Hit Counter
Ticket Broker