Visit talk2sion
English Version

TH

Thursday, May 11, 2006

One Eye

Thursday, May 04, 2006

Barangsiapa Menyambut Seorang Anak Seperti ini...


"Barangsiapa menyambut seorang anak seperti ini dalam nama-Ku, ia menyambut Aku. Dan barangsiapa menyambut Aku, bukan Aku yang disambutnya, tetapi Dia yang mengutus Aku." - Markus 9:37

Sesetengah orang kira, Tuhan itu hanya sebagai Tuhan yang membelah lautan, Tuhan yang membangkitkan orang mati. Ya itu sudah pasti sebahagian daripada ciri-ciri yang ada pada Tuhan. Namun Tuhan juga menyatakan dirinya sebagai seorang bayi kecil yang lahir di Bethlehem dua ribu tahun yang lalu. Lain kali, sekiranya anda menggendong seorang bayi kecil, bayangkan juga Dia sebagai pencipta segala apa yang ada di muka bumi ini menangis kerana lapar dan kesejukkan.

Tuhan boleh saja datang ke bumi sebagai seorang yang dewasa yang punya kuasa yang luarbiasa sebagai seorang pahlawan. Namun, Tuhan memilih untuk memulakan kehidupanNya di muka bumi ini sebagai seorang bayi kecil. Dia tahu dari pengalamanNya sendiri bagaimana kehidupan seorang kanak-kanak. Tidak hairanlah mengapa di dalam Alkitab banyak menceritakan tentang betapa Dia menyayangi kanak-kanak. Dia mengerti kesusahan yang di alami mereka.

Salah satu cara untuk menyenangkan hati Bapa Syurgawi ialah dengan menunjukkan kasih kepada anak-anakNya, tanpa mengira bangsa, saiz, kedudukan mahupun darjat, sempurna atau mereka yang cacat. Sukar untuk kanak-kanak mempercayai bahwa Tuhan mengasihi mereka, kalau sekiranya sebagai orang dewasa kita tidak menunjukkan kasih Bapa terhadap mereka.

Lain kali apabila anda melihat seorang anak kecil, jangan lupa menyalurkan kasih Bapa dan menunjukkan kebaikanNya terhadap mereka.

Tuesday, May 02, 2006

Firman Mu Itu Pelita Bagi Kaki ku


Firman-Mu itu pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku. Mazmur 119:105

Dengan hanya memiliki sepasang mata, belum mampu membolehkan kita untuk melihat. Selain mata, anda dan saya memerlukan cahaya untuk melihat. Berjalan di dalam kelam adalah pengalaman yang mengerikan. Anda bisa terpijak kaca, anda bisa terjatuh ke dalam longkang, anda juga mungkin bisa terpijak ular, kalajengking, atau lipan. Dan yang paling parah lagi, berjalan di dalam kelam boleh menyebabkan kita tidak menemui jalan pulang.

Tidak hairanlah mengapa ramai manusia pada hari ini, sesat, hidup terkapai-kapai mencari sesuatu yang tidak pernah di temui mereka di dunia ini. Mengapa, kerana mereka hanya bersandar kepada mata untuk melihat. Sedang selain mata mereka juga perlukan pelita, sebagai terang bagi kaki mereka untuk melangkah.

Apakah yang anda cari di dunia ini, yang masih belum anda temui? Coba ambillah PelitaNya (iaitu FirmanNya) sebagai terang untuk kaki anda untuk melangkah.

Saya jamin anda pasti akan menemui apa yang anda cari selama ini.

Apa ketenangankah yang anda mahu? Apa kedamaiankah yang anda cari? Mungkin juga anda sedang mencari suatu jawapan yang belum lagi anda temui selama ini. Apa kata anda coba menggunakan Pelita FirmanNya untuk menuntun anda?Apakah anda mahu menemukan Dia ( Tuhan )? Ambillah PelitaNya, maka anda pasti akan melihat Dia. Dan menemuikan kasihNya yang tidak pernah berganjak terhadap anda. Biar pun banyak kali anda telah melukai hatiNya.

Tuhan mengasihi anda!

Hit Counter
Ticket Broker