Visit talk2sion
English Version

TH

Friday, November 04, 2005

Ribka- Melakukan Yang Terbaik


Kejadian 24

Pernahkah seseorang melakukan suatu kebaikan terhadap saudara yang mana di luar dari tugasan hariannya? Pernahkah seseorang mengejutkan saudara dengan suatu kebaikan yang saudara rasa saudara tidak layak menerimanya?

Di sini saya ingin memperkenalkan kepada saudara kepada seorang wanita yang bernama Ribka, wanita yang telah ditetapkan untuk menjadi isteri Ishak.
Abraham sudah tua ketika itu, dan Sarah pula telah meninggal dunia. Sedangkan Ishak sudah berusia 40 tahun, namun belum berumah tangga lagi. Pada waktu itu, ia merupakan tanggungjawab seorang bapa untuk mencari calon isteri untuk anaknya. Ishak pula sudah agak tua .

Walaupun begitu Abraham tidak melakukan kerja mencari jodoh ini sendiri, melainkan meminta ketua kadamnya iaitu Eliezer membantunya. Abraham meminta Eliezer supaya bersumpah agar tidak mendapatkan isteri untuk Ishak dari golongan anak gadis orang Kanaan, yang tidak mengenal Allah. Eliezer diminta untuk kembali ke tanah asal Abraham dan memilih seorang isteri dari kaum sebangsanya.

Maka, Eliezer pun memulakan perjalanannya, dengan membawa 10 ekor unta yang sarat dengan berbagai muatan hadiah. Ia bukan satu pekerjaan yang mudah bagi Eliezer untuk menyakinkan seorang anak gadis untuk meninggalkan kampung halaman, keluarga dan teman-teman, lalu pergi ke daerah yang jauh untuk berkahwin dengan seorang pria yang belum pernah ditemuinya. Namun Eliezer harus berpegang kepada sumpahnya.
Abraham berasal dari Haran, dan jika Kota Nahor berada di dalam daerah yang sama, ia bererti Eliezer harus berjalan sejauh 435 batu. Seekor untuk pada lazimnya hanya mampu berjalan sejauh 25 batu sehari, ini bererti perjalanan sehalanya akan mengambil masa selama 17 hari lamanya. Saya tidak pasti berapa kali Eliezer berdoa agar mandapat calon isteri untuk anak tuannya. Namun kita punya kesempatan untuk mendengar doa Eliezer di Nahor. Dia berdoa agar apabila ia meminta minuman dari wanita yang mengambil air di sumur itu, wanita ini juga akan memberi minum kepada unta-untanya, maka inilah petanda bahwa wanita ini adalah pilihan Allah untuk Ishak.

Menurut amalan "hospitality" Timur Tengah, jika saudara meminta air untuk diminum dari seseorang, mereka pasti akan memberi saudara, tetapi tidak untuk unta-unta saudara. Selesai sahaja Eliezer berdoa, Ribka pun lalulah menuju ke sumur itu untuk mengambil air. Ribka berkata, “Minumlah tuanku,” dan dia menurunkan buyungnya untuk memberi Eliezer minum. Setelah ia selesai memberi hamba itu minum, berkatalah ia: “Baiklah untuk unta-untamu juga ku timba air, sampai semuanya puas.” Kemudian segeralah dituangnya air yang di buyungnya itu ke dalam palungan, lalu berlarilah ia sekali lagi ke sumur untuk menimba air dan di timbanyalah untuk semua unta orang itu (Kejadian 24:19-20).

Perhatikan ayat 21 mengatakan bahwa “Eliezer mengamati-amatinya dengan berdiam diri.” Mengapa? Kerana dia terkejut melihat Ribka yang sanggup melakukan apa yang tidak dijangka. Mungkin saudara kira mudah sahaja untuk memberi hamba ini minum dan juga unta-untanya sekali. Tetapi bagi Ribka, dia terpaksa mengambil air ini dari dalam sumur. Dan tahukah saudara bahwa unta-unta yang dahaga dapat menghabiskan 20 hingga 30 galon air sekali minum. Ribka mengambil air dari sumur pada waktu petang di mana ramai wanita yang lain juga sedang mengambil air. Mungkin Ribka juga perlu beratur menanti gilirannya. Memberi minum 10 ekor unta yang sedang dahaga, 20 hingga 30 galon air, berapa lamalah masa yang harus di gunakan? 2 jam? 3 jam? Atau lebih?

Ribka menggunakan sekurang-kurangnya dua jam melayani orang asing yang belum pernah dikenalinya. Ribka melakukan lebih daripada apa yang disuruh. Mungkin kalau kita pada hari ini hanya sanggup mengatakan "hello" kepada orang asing yang belum pernah kita kenal ini. Sesetengah mungkin akan memberinya minum. Namun berapa ramai yang akan memberi waktunya selama dua jam melayani orang asing yang selepas ini entah mana perginya?

Biasanya kita tidak pernah mau menjadikan matlamat hidup kita, melakukan sesuatu, kemudian tiada ganjaran atau upahnya. Ramai yang melakukan sesuatu sekadar ada, atau seberapa sedikit kerja yang perlu, lalu mengharapkan faedah yang besar. Ia sudah menjadi kebiasaan hidup ini, dimana kita suka melakukan sesuatu seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Dan tidak memberi yang terbaik.

Di dalam Matius 5:20 Yesus berkata; Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga.”

Di dalam Lukas 6:28 Yesus memberi contoh yang jelas apa yang di maksudkanNya “Barangsiapa menampar pipimu yang satu, berikanlah juga kepadanya pipimu yang lain, dan barangsiapa yang mengambil jubahmu, biarkan juga ia mengambil bajumu.”
Apakah ini bererti sekiranya Askar Rom meminta saudara memikul peralatannya sejauh satu batu, saudara akan perpaling kepadanya sambil berkata, “saya akan dengan sukacita memikulnya untuk satu batu lagi?”

Seorang askar Rom boleh saja pergi ke rumah seorang Yahudi dan memerintahnya berjalan sejauh satu batu sambil memikul barangannya. Dan orang Yahudi ini tidak punya pilihan, melainkan harus tunduk. Menurut hukum Rom, orang Yahudi harus berjalan sejauh satu batu tanpa banyak soal. Ertinya, saudara adalah milik mereka sejauh satu batu. Bayangkan kalau seorang askar yang kejam meminta saudara memikul barangannya yang berat untuk berjalan sejauh satu batu.

Saudara wajib memikul beban berat ini, dan setelah berjalan sejauh satu batu, saudara bolehlah menurunkan beban saudara dan mengatakan, “selesai”. Namun ajaran Yesus memeranjatkan pendengarNya, kerana menawarkan diri untuk berjalan satu batu lagi. Saudara lihat, pada jarak satu batu pertama, saudara adalah milik mereka dan tidak punya pilihan. Tetapi untuk jarak satu batu yang kedua, saudara adalah milik saudara sendiri dan saudara bisa memutuskan bagaimana saudara mahu Yesus bersinar dalam diri saudara. Di sini Yesus membicarakan perbezaan di antara Kristian dan bukan Kristian, di mana Kristian seharusnya sanggup melakukan lebih dari apa yang disuruh. Kristian seharusnya sanggup berjalan melebihan satu batu yang pertama. Dan melakukan lebih daripada sesiapapun sesinggah orang lain mengatakan, “Hey ! mereka tidak seharusnya melakukan ini. Mengapakah mereka melakukan semuanya ini?”

Apa yang saya mahu bicarakan di sini ialah Falsafah Ribka. Ia dapat di rumuskan dalam perkataannya; “Baiklah untuk unta-untamu juga ku timba air, sampai semuanya puas.” Apabila Ribka mengeluarkan kata-kata ini dari mulutnya, dia menjadi seorang wanita yang cantik baik dari segi rohani mahupun jasmani.

Kalaulah orang Kristian sanggup berjalan untuk satu batu yang kedua lagi di dalam pekerjaan, di sekolah, di rumah – sudah pasti majikan kita, guru-guru, teman-teman dan juga ahli keluarga mahu datang ke gereja untuk melihat apakah yang menyebabkan saudara melakukan ini semua. Mereka datang bukan untuk mendengar orang berkhotbah, tetapi kerana mereka melihat adanya orang-orang yang mengasihi, ambil berat dan penuh dedikasi di dalam melayani Tuhan.

Bagaimanakah kita bisa mengaplikasikan Philosophy Ribka?
Saudara lihat, walaupun satu pekerjaan yang cukup "glamour" boleh menjadi routine. Sehingga saudara tidak lagi melakukannya dengan sukacita sepertimana pada mula-mula saudara melakukannya dulu. Akibatnya saudara mulai melakukannya sambil lewa walau pada satu batu yang pertama (1st mile) lagi, sehingga saudara perlu menyelesaikannya pada satu batu yang kedua ( the 2nd mile). Dengan sikap yang begini, saudara tidak pernah mungkin menyakinkan sesiapapun, yang iman saudara menjadikan saudara berbeza dari orang lain.

Kita sepatutnya memulakannya dengan serius pada satu batu pertama (1st mile). Melakukankan yang terbaik, baik dalam pekerjaan mahupun dalam persekolahan. Sehingga apabila Yesus datang, kita dapat mendengar daripadaNya mengatakan “Well done good and faithful servant.” Kita tidak perlu melakukan sesuatu untuk menarik perhatian atau pun mengharapkan pujian dari orang lain selain Yesus. Jadi kita harus bertanya, "adakah Allah bangga memanggil saya anakNya?" Apakah kita sanggup memberi minum 10 ekor unta ini demi Tuhan yang kita sembah?”

Satu pelajaran lagi yang kita dapat tarik dari Ribka, lihat ayat 20 mengatakan dia “Berlari” ke arah sumur untuk menimba air untuk semua unta orang itu. Menurut bahasa Ibrani “Berlari” bererti mempercepatkan, mengejar, membawa dengan cepat. Mengapakah Ribka harus berlari? Apakah ia berlari untuk menonton siri TV kegemarannya? Sudah tentu tidak. Ribka hanya menjadikan dirinya sebagai hamba Allah apabila melihat insan yang sedang keletihan dan unta-untanya yang sedang kehausan ini dan mahu menolongnya dengan seberapa cepat yang mampu.

Apakah erti ini bagi kita? Ia mengajar kita untuk menimba air untuk para unta dengan senyuman. Sebagai pemimpin, kadangakala kita menjadi bosan melihat jemaat yang kita layani ini tidak pernah bertumbuh. Minggu demi minggu kita menyediakan firman Allah untuk mereka, namun mereka tidak juga menunjukkan satu pertumbuhan yang positif. Selain itu, tiada seorang pun yang menghargai pengorbanan yang kita lakukan.
Di dalam pekerjaan juga kadangkala kita lihat kita tidak diberi ganjaran yang sewajarnya berpadanan dengan pekerjaan kita. Kita mulai bersungut-sungut, dan mulai menuntut hak. Malah mulai melakukan pekerjaan kita dengan separuh hati. Coba pada hari ini kita belajar dari Ribka. Bukan hanya menimba air untuk orang yang dahaga ini, atau untuk unta-untanya. Ribka malah berlari. Ini memperlihatkan kepada kita betapa ia melakukannya dengan penuh semangat. Mengabdikan dirinya untuk melayani orang ini. Ribka tidak mengharapkan sebarang upah mahupun balasan untuk pekerjaannya. Ia melakukannya dengan sukarela.

Apakah kita mengharapkan upah setiap kali kita melakukan sesuatu yang baik untuk orang lain? Apa upahkah yang menjadi motivasi kita untuk melakukan perbuatan baik? Apa ganjarankah yang kita mahu lihat setiap kali kita berjasa dengan seorang insan? Ketahuilah pada hari ini saudara, bahwa biar tiada sebarang pujian mahupun ganjaran yang saudara terima, upah mu besar di syurga. Setiap perbuatan baik yang saudara lakukan untuk orang lain, walaupun tiada siapa pun yang melihatnya, maupun memberi pujian kepada saudara. Allah melihatnya. Dan setiap sesuatu yang saudara lakukan untuk orang lain. Samalah seperti saudara melakukannya untuk Allah.

Hal menimba air untuk para unta ini juga dapat diaplikasikan di dalam perkahwinan kita. Di dalam memperkukuh dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Apakah yang bakal terjadi di dalam perkahwinan saudara kalau sekiranya saudara mempraktekkan perihal menimba air untuk para unta ini di dalam perkahwinan saudara? Saya percaya ia akan membawa satu transformasi yang besar di dalam perkahwinan maupun rumahtangga saudara.

Apa pula yang akan terjadi di dalam pekerjaan maupun persekolahan saudara? Kalau guru saudara mahupun majikan saudara memberi satu tugasan, saudara melakukannya dengan kualiti, bukan sambil lewa mahupun “last minute”, saudara memberi yang terbaik di dalam segalanya, saudara sanggup berjalan bukan hanya satu batu yang pertama, melainkan untuk satu batu yang kedua lagi( willing to go the 2nd mile), kerana pada satu batu yang pertama saudara telahpun memberi yang terbaik.

Apa ertinya untuk pekerjaan sukarela di gereja mahupun di dalam satu organisasi? Selalu saya melihat orang-orang yang hanya mau melakukan sekadar ada selalunya melakukan pekerjaan yang sedikit. Sekadar menghabiskan tugasan mereka dan apa peduli hasilnya? Tidak kira sama ada saudara sekadar menyediakan perjamuan kudus, membersihkan gereja, melayani muda mudi, melawat orang sakit di hospital, potong rumput, atau menyampaikan firman, saudara harus melakukannya dengan penuh kejujuran (integrity), kerana saudara dan saya bukan melayani manusia, melainkan Allah. Dia melihat apa yang saudara lakukan. Ingat kataNya di dalam Wahyu "Aku tahu segala pekerjaan mu?"

Sebagai penutup, Di dalam Markus 4:24 Yesus berkata "Camkanlah apa yang kamu dengar! Ukuran yang kamu pakai untuk mengukur akan diukurkan kepadamu, dan di samping itu akan ditambah lagi kepadamu. ” Ribka tidak pernah mengetahui apa yang telah di sediakan untuknya, dia tidak pernah mengetahui satu kebaikan yang dilakukannya ini membawa berkat ke dalam seluruh hidupnya. Dengan kesanggupannya "to run the 2nd mile" dia bukan hanya menjadi menantu orang yang terkaya dan dekat dengan Allah, tetapi juga memeteraikan keturunannya menjadi nenek moyang Sang Mesias. Dari keturunannyalah Yesus dilahirkan. Ribka menjadi sebahagian dari rencana Allah untuk keselamatan saudara dan saya kerana kesanggupannya "to run the 2nd mile". Sedangkan dia tidak pernah tahu apakah yang akan terjadi seterusnya. Namun Ribka memberi yang terbaik.

Matius 25:37-40 Yesus berkata “25:37 Maka orang-orang benar itu akan menjawab Dia, katanya: Tuhan, bilamanakah kami melihat Engkau lapar dan kami memberi Engkau makan, atau haus dan kami memberi Engkau minum? 25:38 Bilamanakah kami melihat Engkau sebagai orang asing, dan kami memberi Engkau tumpangan, atau telanjang dan kami memberi Engkau pakaian? 25:39 Bilamanakah kami melihat Engkau sakit atau dalam penjara dan kami mengunjungi Engkau? 25:40 Dan Raja itu akan menjawab mereka: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku.” Setiap kali kita melakukan sesuatu yang baik kepada seorang insan, kita menjadi sebahagian dari rangkaian rencana Allah yang akan membawa keselamatan kepada orang lain. Kita menjadi bukti kepada dunia bahwa umat kepunyaan Allah adalah berbeza. Kita menjadi bukti kepada dunia bahwa ada orang yang mengasihi mereka. Dan ada orang yang prihatin akan hidup mereka.

Sudah pasti Ribka sangat letih pada hari itu, menimba 200-300 galon air dari sumur. Namun segala jerih payahnya tidak sia-sia.
Sebagai penutup, mari kita sama-sama membaca ayat ini:
1 Kor 15:58. Karena itu, saudara-saudaraku yang kekasih, berdirilah teguh, jangan goyah, dan giatlah selalu dalam pekerjaan Tuhan! Sebab kamu tahu, bahwa dalam persekutuan dengan Tuhan jerih payahmu tidak sia-sia.
Amen.




Hit Counter
Ticket Broker